Bagaimana Proses Orang Beranak?

Jul 15

Bagaimana Proses Orang Beranak?

Proses orang beranak adalah sesuatu yang unik dan sangat menarik. Jika ditanya kepada seorang ibu yang memiliki 6 orang anak, bagaimana perasaan dan pengalaman ketika proses beranak?


Percayalah, dia akan menjawab bahawa setiap proses beranak mempunyai pengalaman dan kesakitan menyeronokkan yang tersendiri.


Dalam proses orang beranak, apa yang dimahukan oleh seorang ibu adalah kesempurnaan. Proses beranak yang berjaya menyelamatkan dua nyawa. Itulah yang diimpikan oleh kebanyakan pasangan.


Untuk makluman anda, proses orang beranak melibatkan 3 peringkat iaitu fasa permulaan, fasa aktif dan fasa beranak. Penerangan untuk fasa-fasa tersebut adalah:


Fasa permulaan – Fasa ini bermula ketika anda mula rasa sakit untuk beranak. Ia berlaku sehingga serviks anda mula membuka seluas 3 cm.


Apa yang perlu anda lakukan ketika ini adalah rileks sahaja. Tidak perlu tergesa-gesa untuk ke hospital. Jika tergopoh-gapah dikhuatiri sesuatu yang buruk berlaku dalam perjalanan ke hospital.


Ketika ini wanita mengandung dinasihatkan untuk minum air dan makan sedikit sebagai sumber tenaga semasa beranak nanti. Pada saat ini juga, anda boleh mula mengemas baju dan peralatan bayi untuk dibawa ke hospital.


Fasa aktif – Pada fasa ini, anda boleh bersiap sedia menuju ke hospital. Anda akan merasai tempoh kontraksi yang lebih panjang iaitu sekali kontraksi ia mengambil masa 45 saat sehingga 60 saat.


Pada waktu ini, serviks akan membuka sebanyak 4 cm hingga 7 cm. Oh ya, jika masa ini anda sudah berada di hospital, selesakan diri anda dengan berjalan atau melakukan senaman pernafasan.


Fasa beranak – Pada fasa ini, serviks sudah membuka sebanyak 9 cm. Kekerapan kontraksi lebih kerap berlaku iaitu setiap 30 saat sehingga 2 minit.


Pada saat ini, anda mula bertarung nyawa. Segala keringat yang ada akan digunakan untuk ‘push’ bayi anda keluar. Saat ini juga peluh mula membasahi diri anda. Kadang kala anda mungkin akan terasa hendak muntah ataupun loya.


Anda juga perlu fokus tentang apa yang jururawat atau doktor katakan kepada anda. Jika mereka menyuruh anda ‘push’, anda perlu ‘push’ sekuat hati. Jika mereka menyuruh anda bertenang dan bernafas dengan betul, ikutkan sahaja arahan mereka.


Setelah terdengar tangisan kecil bayi anda, percayalah anda akan lupakan segala kesakitan yang baru sahaja anda lalui.


Setiap proses kehamilan dan beranak yang dibincangkan di atas, telah diterangkan dengan terperinci di laman web www.9Bulan.info. Layari ke sana dan dapatkan ebook tentang hamil dan beranak di sana SEKARANG!


KLIK SINI Untuk Layari ke Laman Web www.9Bulan.info

Jika anda mempunyai sebarang keraguan, ajukan soalan anda di bawah. Saya sedia menjawab setiap keraguan anda. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel di atas. Semoga ianya bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CloseShow
Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins