Saya Jadi Terkenal Lepas Saya Buat Macam Ni!

Saya Jadi Terkenal Lepas Saya Buat Macam Ni!

Artikel ini adalah sambungan kepada artikel yang bertajuk ‘Formula HEBAT Untuk Jadi Usahawan Malaysia Terkenal Di Internet!’. Sila baca artikel tersebut terlebih dahulu sebelum anda membaca artikel ini.

Teknik advanced dalam membina kredibiliti untuk menjadi usahawan terkenal adalah dengan membentuk rangkaian perniagaan (business networking). Prinsipnya, semakin besar rangkaian anda bersama usahawan internet yang lain maka semakin terserlah kredibiliti anda dalam perniagaan internet.

Satu contoh ingin saya kongsikan di sini. Katakan anda mencipya sebuah produk hebat dan ianya mampu meletup di pasaran. Tetapi, anda tidak mempunyai rangkaian perniagaan yang cukup besar untuk menaikkan produk anda itu supaya menjadi bualan sekalian pengguna internet. Ini menyebabkan, para pengguna internet tidak sedar akan kewujudan dan kehebatan produk anda.

Dalam pada masa yang sama, anda bertungkus lumus melakukan kerja-kerja promosi secara sendirian dengan harapan produk anda akan terjual dengan banyaknya. Realitinya, sehebat mana sekalipun anda menjalankan promosi, anda tidak akan mendapat jualan yang tinggi disebabkan rangkaian perniagaan anda tidak cukup besar. Tanpa rangkaian yang besar, maka pengaruh anda juga tidak cukup kuat untuk membuatkan para pengguna internet terliur dengan produk anda.

Oleh itu, binalah rangkaian perniagaan anda. Mulalah dari kecil untuk menjadi lebih besar. Pembinaan rangkaian perniagaan bukanlah satu kerja yang mudah dan boleh dilakukan dalam sekelip mata. Anda harus lakukannya sedikit demi sedikit. Anda juga harus bersabar dalam membina rangkaian perniagaan. Sekiranya anda bersabar dan berusaha secara berterusan, diri anda dan perniagaan anda sendiri akan lebih maju dan kredibiliti anda juga akan meningkat.

Sekarang, jelaslah bahawa rangkaian perniagaan sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan arah tuju perniagaan dan kredibiliti anda. Di bawah ini, saya tunjukkan beberapa cara dalam membina rangkaian perniagaan. Dengan menggunakan cara ini, ia mampu mengangkat anda menjadi seorang usahawan yang terkenal di internet.

Pertama : Menjadi pusat pertanyaan


Rangkaian perniagaan tidak terhad pada mereka yang pakar sahaja. Mereka yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan internet juga adalah rangkaian perniagaan yang penting kerana semua orang akan berkembang berdasarkan pengalaman masing-masing.

Caranya adalah dengan menawarkan satu servis percuma. Salah satunya adalah dengan menjadi pusat pertanyaan untuk segala masalah yang dihadapi oleh newbie dalam bidang yang ingin mereka pilih. Jika anda ada masa, anda boleh tetapkan masa sekian-sekian untuk sesi pertanyaan. Jika anda kekurangan masa, mungkin anda boleh tetapkan seminggu sekali untuk anda lakukan webinar atau conference. Contoh yang boleh diambil adalah sesi soal jawab yang sering dijalankan oleh saudara Mohd Azrul daripada Kuasa Fan Page.

Kedua: Berkenalan dengan ramai forumer di forum perniagaan


Anda seharusnya sentiasa bertegur sapa dengan para usahawan internet di forum. Sekiranya anda berkemampuan, adakan majlis tertentu untuk mereka seperti makan malan dan sebagainya. Untuk hubungan jangka panjang, mungkin anda boleh adakan sesi mastermind untuk berkongsi idea dengan para usahawan yang lain. Displinkan diri anda untuk sentiasa hadir dalam perjumpaan dan seminar tersebut.

Tidak salah kalau anda melabur sedikit untuk menjadi terkenal bagi membina kredibiliti anda. Walaupun anda seorang pakar, anda boleh pergi ke seminar dan perjumpaan untuk menambah kenalan dalam rangkaian perniagaan anda. Apabila anda kenal seseorang, anda akan dipandang sebagai seorang yang eksklusif kepada mereka. Jadi, senanglah nanti untuk anda menjalankan projek perniagaan yang dirancang.

Ketiga: Popularkan diri anda melalui produk resell rights


Resell rights juga adalah antara viral marketing yang paling berkesan sekali. Anda hasilkan produk yang hebat, anda jualkannya dalam masa tertentu dan anda keluarkan resell right untuk produk tersebut. Lesen resell right adalah hak untuk pembelinya menjual produk yang dibeli pada harga yang ditetapkan.

Resell rights adalah win-win situation bagi anda dan pemilik resell right. Untuk anda, anda dapat meningkatkan kredibiliti dan untuk pemilik resell right, mereka dapat keuntungan 100 % tanpa berkongsi dengan anda. Bagaimana produk resell rights boleh meningkatkan kredibiliti anda?

Lesen resell rights tidak membenarkan pembelinya untuk menukar kandungan asal produk. Jadi, jika anda menjual resell rights untuk produk anda, anda sebenarnya sedang membina jenama dalam perniagaan anda. Ini kerana setiap produk yang terjual terdapat nama anda di dalamnya. Nama anda akan meningkat naik jika produk yang anda hasilkan adalah bagus dan bermutu tinggi. Pembeli akan mula rasa hormat terhadap anda kerana anda adalah pemilik asal produk tersebut. Jadi, hasilkan produk yang hebat dan viralkan produk tersebut melalui resell rights. Kesannya, anda akan menjadi usahawan terkenal di internet.

Tetapi, bagaimana hendak membina kredibiliti melalui jualan resell rights? Pertama, produk yang anda hasilkan perlulah bermutu dan mempunyai permintaan yang tinggi. Kedua, brandingkan produk anda sepenuhnya. Dari penulisan sales letter sehinggalah pembentukan minisite. Semuanya perlu menjurus terhadap jenama anda sendiri. Di bahagian hadapan ecover, anda letakkan laman url anda. Begitu juga di minisite. Pada bahagian permulaan ebook, kenalkan siapa diri anda dan apa yang anda lakukan.

Untuk menolong pembeli resell rights anda, tawarkan perkhidmatan hosting file di server anda. Di samping itu, anda boleh mendapatkan senarai emel pembeli dari penjual resell rights. Anda juga boleh memaksa pelanggan anda dan pemilik resell rights anda untuk berdaftar dengan anda jika mereka mahu mendapat update terbaru berkenaan produk anda.

Untuk membina kredibiliti, anda perlukan masa yang lama, tetapi untuk anda jatuh, hanya satu saat sahaja diperlukan. Anda perlu tenang, amanah, jujur, ikhlas dan matang serta professional. Perniagaan internet sebenarnya sama sahaja dengan perniagaan offline. Anda perlu menganggap setiap perbuatan yang anda lakukan adalah untuk tujuan perniagaan.

Apabila anda berfikir seperti ahli perniagaan, anda akan menjadi usahawan sebenar. Apabila anda menjadi usahawan sebenar, dengan mudahnya anda boleh mendapat rangkaian perniagaan yang besar. Setelah rangkaian perniagaan anda menjadi besar, maka kredibiliti anda pasti akan meningkat sekaligus menjadikan anda seorang usahawan internet yang terkenal.

6 Comments

  1. Fuh… MMg umph betul informasi nie… Mmg sangat sesuai untuk semua golongan (newbie/immediate).

    Terima kasih sekali lagi :)

  2. Orait bro. Bila dah tahu caranya kenalah ambil tindakan ya :-)

  3. Setuju sangat. Network memang sangat penting baik kita buat perniagaan atau tidak. Dengan adanya network kita tidak akan keseorangan…

  4. Betul tu bro :-) Ada network, bisnes kita boleh semakin berkembang dengan cepat. Itu lah yang saya rasa bila dah ada network. Kita punya model bisnes juga sekaligus menjadi viral dengan pantas tanpa bersusah payah buat marketing.

  5. tips yang menarik bro…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

UPDATE PERCUMA!

Jadi pembaca PERTAMA yang bertuah di blog ini dengan isikan EMAIL anda di bawah SEKARANG juga:

Delivered by FeedBurner

Produk TERBAIK 2012

Facebook AmboAzhan

PageRank AmboAzhan

Direktori Laman Web

Laman web directory

CloseShow