Mengapa Pilih Cara Susah, Cara Senang Untuk Buat Minisite Kan Ada?

Jul 01

Mengapa Pilih Cara Susah, Cara Senang Untuk Buat Minisite Kan Ada?

Telah ramai usahawan internet yang baru berkecimpung dalam perniagaan internet, gagal meledakkan jualan untuk produk pertama mereka pada peringkat awal. Terdapat pula sesetengah golongan ini, merasa kecewa dan tidak ingin meneruskan usaha mereka lagi.

Mengapa perkara sebegini boleh terjadi? Sedangkan, kegagalanlah yang membawa seseorang itu untuk maju dan berjaya di masa hadapan. Jika anda pernah menghadapi situsai seperti ini, anda seharusnya meneliti kembali, apakah kesalahan yang telah anda lakukan?

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang usahawan baru gagal semasa memulakan penjualan produk. Antaranya adalah seperti di bawah:

1. Minisite yang dibina tidak kemas dan tunggang terbalik.
2. Surat jualan yang tidak cukup killer.
3. Sistem jualan dan affiliate tidak berfungsi dengan baik.
4. Kerja promosi dijalankan dengan sambil lewa.
5. Dan banyak lagi.

Oleh itu, saya akan terangkan kepada anda, kaedah terbaik untuk anda menyelesaikan masalah yang pertama. Tidak kiralah anda seorang usahawan yang telah lama dalam bidang ini, anda tetap perlu tahu kaedah ini supaya dapat digunakan untuk membimbing usahawan baru yang lain.

Dengan kaedah yang ingin saya kongsikan ini, anda bakal menjimatkan banyak masa dan melonjakkan jualan dengan baik. Kemudian, anda hanya perlu fokus dengan kerja pemasaran sahaja.

Sebelum saya menyentuh masalah pertama di atas, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang minisite. Apakah minisite, kegunaan dan kepentingannya?

Dalam perniagaan internet, jika anda ingin menjual sesuatu produk digital, anda perlukan minisite. Minisite ialah website jualan yang dibina untuk menjadi sebuah kedai maya bagi sesebuah produk.

Contohnya: www.panduanemel.com

Minisite turut digunakan oleh usahawan internet untuk memberi sesuatu produk percuma dengan tujuan untuk mengumpul senarai email. Bukan itu sahaja, minisite juga digunakan sebagai medium hebohan oleh para affiliate terhadap sesuatu bonus yang ditawarkan bagi sesuatu produk.

Contohnya: www.pemikatjualan.com/mininiaga

Mengapa saya perlu bina minisite? Bukankah dengan membina blog juga dapat membuat jualan? Lagipun, saya rasa seperti tidak professional apabila menggunakan minisite. Saya lebih selesa menjual produk saya dengan menggunakan website yang nampak lebih professional.

Memang saya tidak menyangkal bahawa anda boleh menjual sesuatu produk melalui blog dan website. Tetapi, adakah kadar jualan yang anda harap-harapkan telah dicapai? Oleh itu, dengan menggunakan minisite, anda dapat:

1. Mengfokuskan jualan terhadap produk yang ditunjukkan sahaja.
2. Menarik perhatian pengunjung dengan ayat-ayat jualan yang membunuh.
3. Memberi arahan kepada pengunjung supaya bertindak. Ini kerana, sesebuah minisite hanya mempunyai borang opt-in atau butang download sahaja.
4. Mengoptimasikannya dengan mudah dari pelbagai aspek contohnya SEO (Search Engine Optimization).

Dengan itu, saya ingin kongsikan kepada anda DUA cara untuk buat minisite. Satu adalah cara susah dengan kos yang tinggi dan satu lagi adalah cara mudah dengan kos yang rendah.

Buat Minisite Dengan Cara Susah

Untuk buat minisite dengan cara ini, perkara pertama yang perlu anda pelajari adalah asas berkaitan design, bahasa HTML, kod CSS dan PHP. Selepas anda tahu keempat-empat asas tersebut, anda harus mempunyai perisian Adobe Photoshop (kena beli!) dan Nvu (OpenSource-percuma).

Seterusnya, anda perlu mereka design untuk minisite anda. Antara elemen yang perlu anda reka adalah header, background, footer dan ecover produk. Jika rekaan yang anda designkan itu tidak cantik, saya cadangkan supaya anda mengupah designer di luar sana.

Selepas elemen-elemen itu siap, anda boleh mula membuat minisite anda dengan menggunakan perisian Nvu. Apa yang perlu anda buat ialah bina table, setting CSS, ubahsuai kod HTML dan PHP, masukkan header, background, footer, ecover produk dan butang download. Sekarang, saya pasti anda sudah nampak bentuk minisite yang dibuat.

Untuk menarik perhatian pengunjung, anda perlulah masukkan surat jualan pula. Jika anda tahu menulis ayat jualan yang membunuh, anda bolehlah tulis sendiri. Tetapi, jika anda tidak berkemahiran, saya sarankan supaya upah sahaja copywriter yang bekerja di luar sana.

Untuk menangkap pengunjung yang berkunjung, semestinya anda harus masukkan autoresponder ke dalam minisite yang telah dibuat. Caranya mudah sahaja, anda copy kod autoresponder dari sistem dan paste ke minisite tadi.

Sekiranya minisite yang anda buat bertujuan untuk menjual sesuatu produk, jangan lupa masukkan borang pesanan ya. Untuk mempunyai borang pesanan, anda boleh bina sendiri atau membelinya atau mengupah orang lain bagi memasangnya.

Jika anda ingin mempunyai affiliate untuk mempromosikan produk yang dijual, anda perlu memasang sistem affiliate. Sistem ini anda boleh bina sendiri atau beli dari programmer atau upah programmer untuk pasangkannya.

Tahniah! Minisite anda kini telah siap dan lengkap. Jadi, anda bolehlah uploadkan minisite itu ke hosting yang disewa. Untuk memudahkan kerja ini, anda perlu menggunakan persisian FTP seperti Filezilla atau TurboFTP.

Selesai sahaja proses upload bermakna minisite anda kini telah live di internet. Tetapi, kerja anda belum siap lagi tau. Anda perlu periksa sama ada autoresponder, borang pesanan, dan sistem affiliate berfungsi sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang masalah timbul.

Jom kita lihat kos anggaran buat minisite dengan cara ini:

Kelas asas HTML, CSS & PHP: RM 350
Upah design minisite lengkap: RM 250 – 300
Upah surat jualan: RM 200 – 250
Autoresponder: RM 50 – 65/bulan
Upah borang pesanan: RM 20 – 30
Upah sistem affiliate: RM 30 – 60
Jumlah maksimum: RM 1055
Masa siap: Tiga minggu hingga sebulan ke atas.

Saya yakin, anda pasti tidak mampu mengeluarkan pelaburan sebanyak itu untuk sesebuah minisite bukan? Jadi, saya tunjukkan pula kepada anda cara mudah buat minisite dengan kos yang rendah.

Buat Minisite Dengan Cara Mudah

Sebelum itu, saya ingin maklumkan kepada anda, untuk membuat minisite dengan cara ini, anda perlu mempunyai MiniNiaga yang dikeluarkan oleh Team Flarebiz. Saya cadangkan MiniNiaga supaya anda dapat siapkan minisite yang diinginkan dengan kos yang rendah, mudah, dan cepat.

Melalui cara ini, anda tidak perlu lagi pening-pening untuk kuasai bahasa HTML, kod CSS dan PHP. Dengan cara ini juga, anda tidak perlu fikirkan bagaimana untuk dapatkan dan pasang borang pesanan dan sistem affiliate lagi.

Jom kita buat minisite dengan MiniNiaga!

Pertama sekali, selepas anda dapatkan MiniNiaga, anda perlu pasangkannya terlebih dahulu mengikut manual yang telah diberi. Dari sini, saya anggap anda telah mempunyai design header, background, footer, ecover produk dan autoresponder.

Kemudian, anda login ke MiniNiaga yang telah dipasang untuk masuk ke ruangan control panel seperti paparan di bawah:



Merujuk kepada paparan di atas, disitulah terletaknya setting Global untuk perkara yang berkaitan dengan minisite anda. Di situ juga anda dapat membuat kerja-kerja SEO dengan mengoptimasikan kata kunci di bahagian web title, web description dan web keywords.

Anda pasti mahukan minisite anda menjadi mesra dengan enjin carian bukan? Oleh itu, untuk memudahkan anda, MiniNiaga telah menyediakan plugin seperti ini supaya anda dapat memantau hubungan minisite anda dengan enjin carian. Maka, mudahlah pengguna-pengguna internet menjumpai minisite anda nanti.

Selepas anda selesai memasukkan data-data di atas, barulah anda boleh mula membina minisite yang diinginkan. Untuk kerja-kerja ini, anda perlu masuk ke bahagian Themes (rujuk di bawah):



Di sanalah anda dapat masukkan header, background, footer, ecover produk dan pelbagai elemen lagi. Pada bahagian setting itu jugalah, anda dapat mengubah saiz minisite anda kepada saiz yang anda sukai.

Kerja anda seterusnya adalah memasukkan surat jualan. Untuk itu, anda perlu masuk ke bahagian Main Page. Cuba anda lihat gambar di bawah. Adakah anda biasa melihat paparan seperti itu? Adakah anda biasa menggunakannya?



Bahagian Main Page ini tak tumpah macam Microsoft Word yang biasa anda gunakan untuk kerja menaip. Pada ruangan inilah anda perlu masukkan surat jualan yang telah siap ditulis dan kod autoresponder.

Selepas anda siap kesemuanya, anda boleh mula upload minisite yang telah siap ke hosting yang disewa. Sebab itulah, dengan MiniNiaga, jika anda tiada kemahiran dengan bahasa HTML, kod CSS dan PHP pun, anda mampu membuat minisite dengan baik.

Baik, kita lihat pula kos anggaran buat minisite dengan cara ini:

MiniNiaga: RM 249
Upah designer: RM 30 – 50
Upah surat jualan: RM 200 – 250
Autoresponder: RM 50 – 65/bulan
Jumlah maksimum: RM 614
Masa siap: Kurang seminggu.

Cuba anda bandingkan harga dan masa buat minisite cara susah dengan cara senang. Hampir separuh harga dapat dikurangkan jika anda gunakan MiniNiaga untuk buat minisite. Masa anda juga dapat dijimatkan dengan banyak. Lebih cepat anda dapat siapkan minisite, maka lebih cepat anda dapat mula berniaga di internet dan menjana keuntungan.

Tetapi, dengan membeli MiniNiaga, lesen yang diberikan hanya sah untuk satu website jualan sahaja. Jadi, sebelum anda membeli MiniNiaga, nasihat saya, fikirkan masak-masak dahulu, apakah nama domain dan produk yang anda ingin gunakan dengan MiniNiaga.

Seperkara lagi, anda juga perlu tahu cara upload minisite dan bina database. Jika anda tidak tahu pun tak mengapa. Ini kerana, terdapat tutorial menerangkan cara upload dan bina database dalam manual MiniNiaga.

Jika anda berminat untuk dapatkan MiniNiaga ini, sila ikut link di bawah:

MiniNiaga Oleh Team Flarebiz

Saya yakin, anda mesti nak pilih cara yang senang. Fikirkan masak-masak!

Tak kan baca je? Jom luahkan pendapat/komen anda di bawah :

5 comments

  1. salam bro, saya berminat nak beli dari link bro.. tapi saya ni masih belum mempunyai produk.. tapi kalau Resell Right ada lar.. Boleh ker? nak tanya bro punye bonus ada lagi ker?

  2. W-salam bro, bonus ada lagi sampai 15 hb tutup buat selama-lamanya :-) Bonus yang saya offer pun resell rights juga.

  3. baiklah.. bro dah dapat mesej dari saya diblog ini? saya hantar melalui ruangan hubungi..

  4. satu offer yg menarik,tapi lambat bace dh beli satu kalau bro ada offer akan datang InsyaAllah

  5. Oh.. Tak apa :-) Saudara beli MiniNiaga melalui sesiapa pun saya dah gembira. Sama-sama kita menyokong barangan tempatan yea!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CloseShow