Fakta – Ramai yang berminat untuk jana duit di internet sama ada secara serius mahupun sampingan. Masalahnya, masih ramai yang tak tahu cara sebenar untuk jana duit secara online di internet ini. Sebab itulah, makin ramai yang terjebak dalam kes penipuan di internet.
Cuba anda fikirkan sejenak, mengapakah hal yang masuk akal ini tetap dan berterusan berlaku? Jawapannya mudah sahaja. Ini kerana, ‘orang kita’ sangat suka dengan cara cepat, mudah, dan tak halal dalam menjana duit untuk dijadikan pendapatan tambahan mereka.
Sebagai contoh, ‘orang kita’ sangat suka untuk menyertai pelaburan skim cepat kaya. Mereka cukup percaya dan yakin bahawa melalui skim seperti itulah mereka dapat menjadi Orang Kaya Baru dengan cepat dan mudah.
Apa yang menghairankan saya, walaupun boleh dikatakan setiap hari akhbar-akhbar utama melaporkan tentang kes penipuan di internet melalui skim cepat kaya, ‘orang kita’ tetap percaya dan meletakkan harapan yang tinggi untuk menjadi kaya hanya dengan menyertai skim penipu itu.
Saya merasa sangat sedih dan kasihan dengan perangai ‘orang kita’ apabila mengenangkan hal di atas kerana ianya terus menerus berlaku. Sehebat mana pun kempen untuk membanteras penipuan di internet daripada terjadi, jika persepsi ‘orang kita’ tidak diubah, selagi itulah kes-kes penipuan di internet terus berleluasa.
Padahal, di internet ini, terdapat banyak cara yang lebih cepat, mudah dan terbukti berhasil dalam menjana duit. Ianya bukan sahaja cepat, mudah, berhasil, dan halal, malah keuntungan yang bakal diperolehi adalah lebih banyak dengan kerugian minimum ataupun tiada langsung.
Tetapi, untuk mula jana duit secara online di internet dengan cara yang sebenar, anda seharusnya mempunyai idea terlebih dahulu sebelum memulakannya. Dengan mempunyai idea, anda akan lebih fokus dan hanya menumpu kepada idea yang dipilih sahaja untuk jana duit di internet ini secara berterusan.
Untuk memikirkan sendiri idea yang boleh digunakan dan mampu membuahkan hasil, ianya sesuatu yang sukar jika anda tiada panduan. Anda mungkin akan hilang arah jika tidak mempunyai panduan. PERCAYALAH!
Oleh itu, saya mengajak anda untuk menyelongkar, berpuluh idea yang cepat, mudah, terbukti berhasil dan halal dalam menjana duit secara online di internet melalui laman web di bawah:
Apabila anda berkunjung ke sana, terdapat 30 + 1 idea untuk jana duit di internet. Dalam banyak-banyak idea yang ada di sana, saya hanya mempraktikkan satu cara sahaja dan hasilnya amat memberansangkan. Malah, saya konsisten dalam menjana duit secara online di internet ini. Hebat bukan? Jika saya boleh, saya yakin dan saya jamin, anda juga BOLEH!
Cuma satu sahaja nasihat daripada saya, sehebat mana pun idea yang anda miliki untuk jana duit secara online di internet, jika anda tidak membuat sebarang tindakan atau dalam kata lain ‘take action’, saya meletakkan jaminan 100%, anda tidak akan berjaya atau membuahkan sebarang hasil daripada idea yang dimiliki.
Dengan mempunyai idea dan ‘take action’, Insya-Allah, segala masalah kewangan yang anda hadapi akan dapat diselesaikan. Jadi, jangan berlengah lagi, bertindak sekarang atau anda semakin jauh ditinggalkan oleh mereka yang telah pun ‘take action’!
Gambar di atas adalah sebuah panduan (Penulis: Asyraf Aziz – salah seorang sahabat usahawan internet) dengan terkandungnya 30 + 1 idea untuk jana duit secara online di internet yang saya maksudkan. Berkunjunglah ke laman web yang saya maksudkan dan buatlah sedikit pelaburan di sana supaya anda mempunyai idea untuk mula jana duit secara online di internet!






good review
first thing first: idea-thats why everyone is talking about market research, keyword research n any other research..
kedua-MLM tak salah bro, cuma cara tu yang menjadi salah yang mana sepatutnya MLM tu menjual produk tetapi org “kita” lebih berminat kepada duit cepat yang dicanangkan tu
cuba lihat mana-mana produk MLM, power2, diorang punya research n development pun bagus n even ramai doktor suh guna produk MLM..tu yang salah iaitu orang buat marketing MLM atas tujuan head hunting bukan kepada produk yang nak diketengahkan..tengok macam domain.ws GDI yang satu masa dulu orang dok gila masuk konon dapat duit cepat, sekarang apa jadi?if they know how to used every single things they bought, it is really great pleasure bro
ops..terpanjang lak komen
nice one!
Betul tu bro. MLM memang tak salah. Tapi, orang yang mempromote MLM tu gunakan cara yang salah iaitu menggunakan teknik head-hunting. Tu yang semua pun terpesong aduhhh..
Produk syarikat MLM memang bagus. Saya sendiri guna produk dari salah sebuah syarikat besar MLM di Malaysia ni. Saya pun, kalau ajak kawan join MLM, bukan saya cakap sebab nak duit, tapi sebab dapat beli barang diorang murah sikit. Jadi ahli kan ada diskaun
Produk yang saya maksudkan Guasa dari Elken dan Kopi Radix dari HPA.
TQ bro sebab sudi singgah sini
Itu tandanya orang kita ni berani. Berani mencuba benda yang salah. Dia orang tak kisah bila rugi asalkan tak kena tangkap. Tapi sifat berani yang macam ni yang kita takut sebab boleh merosakkan diri dan masyarakat….
Memang berani orang kita ni. Tapi berani tak bertempat. Akibatnya, seperti yang bro Man cakap lah, rosak diri sendiri dengan orang sekeliling yang terlibat.
Sekarang orang dah xfikir sangat jalan mendapatkan keuntungan.. Apa yang orang fikir adalah nak cepat kaya.. Tu yang ade skim2 mcm tu.. Nak jalan senang, masuk lar program yg boleh bg duit cepat.. Bila dah kena tangkap or bersalah baru nak menyesal.. Hurmm.. Orang kita juga tu..
Apa yang boleh kita buat? Terus dan terus sebarkan tentang penipuan di internet ni. Lepas tu kita berdoa kepada mereka semua supaya jangan terjebak dengan perkara macam ni lagi, amin..
Tiada jalan mudah untuk berjaya.Tidak kira la berniaga secara online mahupun offline. semuanya perlu kesabaran yang tinggi.
Kata-kata yang bagus bro Shaharil. Kesabaran sangat penting dalam perniagaan. Kalau tidak, macam mana hendak bertahan kan? TQ bro sudi singgah sini.
couldn’t agree more. MLM is just right for the right person. The real MLM comes with product. Head hunting or downline are just a part of it, once you have the business base.
Wake up brothers n sisters! say no to MLM, if you think it’s a MONEY LUMAYAN MARI.
What a word bro.. I never come up with MLM = Money Lumayan Mari
Nice one..