Program Jom Jadi Boss, Satu Lagi Scammer Ke? Hati-Hati Semua..!

Aug 09

Program Jom Jadi Boss, Satu Lagi Scammer Ke? Hati-Hati Semua..!

Betul ke program jom jadi boss ni scammer? Scammer tu apa? Scammer tu program penipuan atau individu yang menipu duit orang lain kat internet la, tu pun anda tak tahu ke? Berbalik kepada soalan saya tadi, betul ke program yang saya sebutkan tu scammer? Jom kita siasat bersama, YOSH!

Untuk mengetahui adakah sesuatu program buat duit di internet itu scammer ataupun tidak cukup mudah sebenarnya. Anda cuma perlu ikut langkah-langkah di bawah untuk membuat siasatan dengan mendalam:

1. Masuk ke laman web yang menganjurkan program buat duit itu terlebih dahulu. Untuk tutorial ini, sila masuk ke laman rasmi Jom Jadi Boss di www.JomJadiBoss.com.

2. Perhatikan, adakah rupa bentuk laman web berkenaan nampak professional ataupun tidak? Jika tidak professional, besar kemungkinan penganjur ialah SCAMMER!

3. Kenalpasti, adakah pendaftaran di laman tersebut melibatkan pelaburan wang besar atau PERCUMA? Jika pendaftaran di laman web itu memerlukan wang besar, oh.. SCAMMER!

4. Kemudian, perhatikan pula, adakah laman web tersebut mendedahkan nama, gambar atau suara penganjur, ataupun nama, logo, no. telefon, dan alamat syarikat? Jika butiran yang diberi tidak lengkap atau tiada langsung, sah lah penganjur ialah SCAMMER!

Merujuk kepada kes siasatan kita di sini, saya mengambil contoh program buat duit melalui program Jom Jadi Boss. Selepas kita sama-sama membuat sisatan dan penelitian secara menyeluruh, apakah pandangan anda? Adakah program ini scammer? Adakah jawapan anda sama dengan saya iaitu program Jom Jadi Boss BUKAN SCAMMER? Kenapa saya katakan program tersebut bukan scammer?

Pertama: Saya meminta anda untuk meneliti adakah rupa bentuk laman Jom Jadi Boss nampak professional? Dari pandangan saya, laman web tersebut kelihatan professional dan ini menunjukkan bahawa penganjur bersikap serius dengan program yang dianjurkan.

Kedua: Pendaftaran di laman Jom Jadi Boss adalah PERCUMA! Anda tidak perlu membayar walau sesen pun untuk menyertai program itu. Apa yang perlu anda buat hanyalah mengisi nama dan email anda ke dalam borang yang disediakan. Dengan menyertai program berkenaan, anda akan dibekalkan beberapa buah video sebagai panduan untuk menjadi bos kepada diri anda sendiri.

Ketiga: Apabila anda masuk sahaja ke laman Jom Jadi Boss, anda terus dijamu dengan sebuah video sebagai santapan minda dari pengasas program tersebut iaitu saudara Suthan Mookiah. Dari video itu, terang-terangan anda dapat mengecam muka dan mendengar suara penganjur. Ini menunjukkan pihak penganjur langsung tidak berniat untuk menyorok dari kegiatan mereka.

Di bawah ini, saya senaraikan butiran lengkap penganjur:

  • Nama Pengasas: Suthan Mookiah (Suthan M)
  • Nama Program: Jom Jadi Boss
  • Nama Syarikat: Ideasia Consultancy, Internet Marketing Business Specialist
  • No. Pendaftaran: 001936309-P
  • No. Telefon: 603-8737 4210
  • Alamat Syarikat: 10-2, Reko Sentral 6, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor D.E, Malaysia
  • Nah.. Pihak penganjur mendedahkan kesemua butiran mereka. Sekarang, anda pula jawab, adakah program Jom Jadi Boss scammer? Saya yakin, anda juga akan menjawab program tersebut bukan scammer kan?

    Jadi, apa yang perlu anda buat sekarang? Tentulah anda perlu mendaftar untuk menyertai program yang dianjurkan di sana. Lagipun, pendaftaran adalah PERCUMA! Tak kan anda nak tolak tawaran yang sangat istimewa macam ni kan? Jadi, sila ikut link di bawah untuk terus dengan proses pendaftaran:

    Klik Sini Untuk Sertai Program Jom Jadi Boss SEKARANG..!

    Anda cuma perlu masukkan nama manja dengan email utama anda sahaja. Kemudian, penganjur akan menghantar beberapa siri video (rahsia: lebih TIGA video berkualiti) berkaitan cara untuk anda menendang bos tempat kerja anda dan cara untuk menjadi bos kepada diri sendiri.

    Oh.. Bukan itu sahaja.. Jika anda turut promosikan program ini, anda juga akan dibayar. Ya! Suthan M nak bayar anda jika sama-sama promosikan program Jom Jadi Boss tersebut. Berapa banyak yang dia nak bayar?

    Sebelum itu, saya ingin terangkan terlebih dahulu berkenaan sistem promosi yang ditawarkan oleh program Jom Jadi Boss. Sistem promosi yang digunakan oleh program ini berkonsepkan Pay Per Lead (PPL).

    Maksudnya, setiap pendaftar yang mendaftar program tersebut melalui link referral milik anda, anda akan dibayar sejumlah komisen. Dengan menjadi agen promosi, anda juga dikenali sebagai affiliate. Komisen yang dibayar adalah sebanyak:

    1. RM 3.10 – Komisen ini hanya dibayar untuk setiap pendaftaran hingga 500 pendaftar pertama pada 21hb bulan tersebut.

    2. RM 0.50 – Komisen ini pula dibayar untuk setiap pendaftaran selepas 500 yang pertama berjaya didaftar untuk bulan tersebut.

    Menarik bukan? Jadi, jika anda ingin meraih komisen RM 3.10 itu, buatlah promosi besar-besaran pada setiap 21hb. Jika anda ingin meraih komisen RM 0.50 pula, buatlah promosi secara berterusan. Untuk menjadi affiliate, anda boleh mendaftar melalui link di bawah:

    Klik Sini Untuk Mendaftar Sebagai Affiliate Jom Jadi Boss SEKARANG..!

    Bayangkan, jika 10 orang anda berjaya daftarkan untuk komisen RM 3.10, anda sudah berjaya dapat RM 31.00. Jika 10 orang anda berjaya daftarkan untuk komisen RM 0.50, anda sudah berjaya dapat RM 5.00. Mudah tetapi lumayan kan?

    Bagaimana dan di mana untuk anda buat promosi? Adakah anda mempunyai akaun Facebook atau MySpace atau apa sahaja laman sosial? Haa.. Jalankan promosi anda di sana. Saya yakin, pasti ada yang berminat untuk mendaftar dengan program Jom Jadi Boss ini :-)

    Baik, jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan program Jom Jadi Boss atau program affiliate yang ditawarkan, sila ajukan soalan anda melalui ruangan komen di bawah ya! Saya akan jawab setiap pertanyaan anda dengan jawapan yang terbaik. Insya-Allah.

    Tak kan baca je? Jom luahkan pendapat/komen anda di bawah :

    32 comments

    1. bro…program motif die ape??ajar org nak wat bisnes ke ape?ke stakat program pengurusan diri sendiri je..

    2. Program ni ajar perniagaan internet. Suthan ajar dari asas sampai ke sedikit advance. Bro try sign-up dulu. Nanti tengok video dia. Dia ada buat follow-up dengan banyak video lepas yang asas :-) Bukan pengurusan diri ni bro.

    3. Mungkin ada segelintir yang kurang berpuas hati dengan program nie, menuduh yang bukan2. Biasa la maner ada program yang perfect kan bro..

    4. Apa boleh buat bro.. Saya ada baca komen-komen peserta yang join program 20ribu Suthan di WangCyber. Pada pendapat saya, Suthan kena tambah satu ayat di web jualan beliau selain dari perkataan realistik iaitu luangkan masa untuk BERTINDAK pada setiap hari dalam 20hari tu.

      Saya dulu banyak melabur untuk pelajari perniagaan internet. Bukan sikit saya labur tapi banyak dan cecah ribuan ringgit. Tapi saya sikit pun tak mengeluh walaupun belum capai seperti diharapkan. Ini kerana, saya cukup yakin, satu hari nanti, saya pasti boleh jadi seperti apa yang diajar dalam produk yang dibeli. Tapi, makan masa sikit la. Tambah dengan usaha dan tawakal berterusan.

      Dan sekarang? Syukur kepada rezeki Allah yang tak terhingga, saya berjaya establish dalam perniagaan internet ni. Satu je yang saya nak ingatkan kepada usahawan baru, jangan cepat melatah. Pasti ada hikmah disebalik sesuatu kejadian. Mungkin program 20ribu 20 hari Suthan tidak membantu anda, tetapi, ia bakal membuka mata anda seluas-luasnya terhadap perniagaan internet yang sebenar.

    5. salam,

      1. saya begitu tertarik dengan setiap perkongsian penulis blog yang ditulis melalui setiap post.

      2. Sudah lama saya tidak aktif menulis.

      3. Diharap perkongsian ini berterusan.

      Jumpa lagi,

      NS

    6. Waalaikumsalam,

      Terima kasih Tuan Norizam kerana sudi untuk singgah ke blog saya ni. Terima kasih juga dengan kata-kata semangat yang diberi. Sudi-sudilah datang lagi :-)

    7. PERHATIAN SEMUA!!!SUTHAN M ADALAN SCAMMER
      assalamualaikum tukang review,

      Suthan M ni scammer la,penipu besar mamat ni,
      saya dah terkena,promote PPL dia jomjadiboss.
      bayangkan 1000 klik link affiliate saya tanpa sebarang leads.
      masa subscribe dgn dia dulu dgn link aff org lain email pengesahan tak di hantar,dibawah ni email pertama yg dihantar kat saya:::::

      Hi ——

      Suthan M disini,

      Terima kasih kerana telah confirmkan nama dan emel anda dengan kami.

      Sekarang anda boleh mendapatkan akses video percuma anda di link ini
      http:/clicks.aweber.com/y/ct/?l=FnCqA&m=KwckM6LNFy_Rux&b=xfbF34JJwNxfIYwZM5Q2xw

      Tetapi bukan itu sahaja geng..

      Tahu tak anda juga akan mendapat 12 video bonus percuma mulai hari
      ini yang akan memberikan anda tips tips perniagaan internet
      “berbentuk video HD” maha gempak yang
      telah saya rekodkan untuk anda. :-P

      Hari ini, lawat link ini dahulu:
      http:/clicks.aweber.com/y/ct/?l=FnCqA&m=KwckM6LNFy_Rux&b=xfbF34JJwNxfIYwZM5Q2xw

      … dan esok,anda akan mendapat akses kepada bonus
      video percuma pertama anda!

      Ikhlas,

      Suthan M
      Penulis Buku , Expert Internet Marketer, Public Speaker, dan
      International Internet Marketing Coach.

      p/s- Mungkin anda ada Facebook. Saya pun ada dong..
      http:/clicks.aweber.com/y/ct/?l=FnCqA&m=KwckM6LNFy_Rux&b=yKJ.m1yHkfUBCcjjmEvoEw

      tak ada pun link pengesahan nama dan email,tiba-tiba terima kasih kat saya sbb confirm.
      ni salah satu cara nak elak drpd byr komisen ppl,sbb klu subscriber tak confirm,komisen tak dapat.ini dah dijelaskan dalam jomjadiboss.com/peraduan bahawa subscriber perlu confirm nama dan email baru dpt komisen
      link confirm tak bagi jawabnya x de la komisen.
      korang tak pelik ke 1000 klik link sy tapi x de leads,
      klu pakar IM hairan 192 klik 1 leads(ppl lain)mcm mana plak 1000 klik tanpa sebarang leads.
      sy suruh kawan sy subscribe dgn link affiliate sy depan mata saya,email pengesahan juga tak dihantar kat email kawan saya.
      esok tu sy log in akaun sy saya dan sy lihat masih tak ada leads sedangkan kawan saya dah subscribe dgn link saya,hati-hati dgn suthan m,penipu besar mamat ni

    8. CARA KETAHUI PPL SCAM ATAU TIDAK ADALAH

      ambo azhan dan rakan semua,ini cara sebenar nak tahu scam ke tidak

      -sebelum join PPL subscribe dulu dgn IM tu,pastikan subscribe dgn link affiliate org lain.tengok user ID link aff tu dan ingat apa ID agen tu
      -lihat email pertama yg di hantar adakah ada link utk pengesahan nama dan email.bukan seperti yg sy terima,jika tak ada bermakna PPL tu scam.
      -dalam email pertama (mungkin juga email kedua,selepas pengsahan)yg anda terima tu tgk dalam email tu ada tak link affiliate agen yg anda daftar tu,(tgk ID agen tu) dan ada tak IP adress anda,scroll down tgk kat bawah,jika ada ni bermakna PPL tu tak scam.

      bukan tgk profesional atau tidak pada web tu,penipu mcm suthan m pun boleh buat nampak cam profesional.
      pernah dgr tak perompak profesional,pembunuh profesional.

      Pegawai bank yang profesional pun pecah amanah RM140,000

    9. skrg saya dah hubungi dia dgn email dan form agen.dah 4 hari tapi masih tak de jawapan

      KEPADA ANDA SEMUA,HENTIKAN PROMOSI PRODUK SUTHAN M ATAU APA-APA SAJA YG MENGUNTUNGKAN SUTHAN M.
      KITA PULAU DIA,SAYA AKAN DEDAHKAN PENIPUAN NI DI WANGCYBER.COM/FORUM.

      KEPADA ADMIN BLOG NI,PESANAN SAYA,JANGAN PADAM KOMEN SAYA,JANGAN BERSUBAHAT.

    10. lagi satu tip utk elak PPL scam.
      selepas subscribe dgn link aff agen lain pastikan email pertama yg di hantar TAK ADA UNSUBSCRIBED LINK(tgk kat bawah sekali),klu ada maknanya scam la tu.

      email pertama yang saya terima dah ada unsubscibe link.sedangkan sy tak confirm lagi.

      (tapi sy tak copy paste dalam komen diatas)

    11. sorry komen byk sgt.

      saya tak tipu org dan tak suka tipu org,jadi bila org tipu saya,saya sakit hati

    12. Wooo… TQ bro Hamba. Saya promote PPL dia kenapa saya dapat komisen? Tak mungkin scam. Macam mana bro promote PPL Suthan ni ya boleh saya tahu? Saya ada sorang kawan, sampai hari ni duk promote PPL Suthan, tiap-tiap bulan Suthan bayar komisen. Hairan ni..

      Oh ya.. Saya tulis professional bukan pasal PPL. Tapi, saya tulis professional untuk merujuk kepada produk yang ditawarkan. Nanti saya panggil Suthan jawab komen bro. Satu lagi bro, saya tak pernah delete komen sesiapapun yang komen positif mahupun negatif di blog ni :-) Ini etika blogger saya faham..

      TQ untuk info ni bro. Baru 1st time saya dengan Suthan tak bayar komisen ni. Nanti saya kontek dia gak ek. Mungkin sebab sistem affiliate dia cookies punya setting tak berapa betul ke apa ke. Apa-apa pun, saya unjurkan komen bro kepada Suthan.

    13. sy ada hubungi IM lain.sy tanya perkara yg sama mereka kata dapat komisen drpd Suthan M.

      sy tak dapat sbb saya newbie.tak ada pengaruh,tak ada blog utk untuk dedahkan penipuan.
      dia takut tipu bro sbb bro ada blog,pengaruh dan pengikut.dia takut tembelang dia pecah.
      maaf saya kata,bro juga mgkin ditipu,bukan semua tapi sikit,
      sbgai contoh klu bro 100 leads.tapi di tunjukkan dalam ruangan aff 50 leads sj.sy kata mcm ni sbb sy subscribe dgn IM yg ada blog dan dikenali dan sy tak dapat link pengesahan.

      skrg ni bukan msalh cookies tapi maslah dia tak hantar link pengesahan.dalam jomjadiboss.com/peraduan sdah dijelaskan bahawa subscriber perlu sahkan nama dan email,baru dapat komisen,tp dia tak hantar link pengesahan,jwabnya tak de komisen,

      dah 4 kali sy hubungi dia,dah seminggu masih belum ada jawapan.kenapa dia tak jawab

      skrg sy dah x terima newsletter drpd dia,tapi sy tak unsubscribe pun

      ok,sy nak dgr apa alasan dia slpas baca komen di page ni,terima kasih sbb unjurkan komen ni kpd suthan

      MINTA MAAF BANYAK-BANYAK SEBAB KOMEN-KOMEN SAYA KASAR
      TERIMA KASIH

    14. Pasal komen yang bro komen kat sini tak ada masalah bro. Itu hak bro :-) Jangan bimbang, saya tak akan delete komen bro supaya orang lain pun dapat baca. Nanti saya mesej Suthan ya bro.. Sekarang ni Suthan sibuk dengan adswaphero dia. Mungkin lepas die lega dengan projek baru tu dia kontek bro. Tapi, apa-apa pun saya dah mesej dia pasal komen bro kat sini. Kita tunggu feedback Suthan lepas ni.

    15. ok,terima kasih byk-byk

    16. Hi geng,

      First thing first- Thanks Ambo kerana mempromosikan Jomjadiboss.com dan juga alertkan saya difacebook.

      That said, lets come to the issue with bro Hamba.

      First thing first, i will try to talk to you as profesionally as possible without taking pot shots.

      Banyak fakta yang bro putar belit yang kebanyakan IM tahu is not real:

      1. I am using Sistem Affiliate Lite yang digunakan oleh kebanyakan IM Malaysia dan terbukti stabil – dan takde cara bagaimana saya boleh stopkan untuk 1 orang dan bayar komisen untuk orang lain.

      2. I am also using Aweber- #1 sistem in the world. Kalau guna autoresponder cap ayam, mungkin bro boleh cakap salah- but everything is OK.

      3. Saya ada 1000+ affiliate untuk Jomjadiboss.com, dan anda merupakan satu satunya orang yang ada masalah. Kenapa 999 orang lain boleh tracking dengan betul dan mereka boleh buat duit, sedangkan anda tidak?

      4. The reason you have to wait 4 days to get a reply becouse you specifically said to my support staff not to handle your problem- which kalau hari tu tanya dengan diorang, mesti dah terjawab dengan cepat. Program jomjadiboss bukan projek utama saya- malah market Malaysia bukan projek utama saya- dan saya biasanya busy dengan banyak kerja lain. Sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak berurusan dengan support staff yang saya hire- tanpa sebab- dan ingin menunggu saya- well, you have to wait until i get some time to reply.

      5. “sy tak dapat sbb saya newbie.tak ada pengaruh,tak ada blog utk untuk dedahkan penipuan.
      dia takut tipu bro sbb bro ada blog,pengaruh dan pengikut.dia takut tembelang dia pecah.”
      Bullshit- bila anda menjadi affiliate- saya tidak ada masa untuk keep a track of who is who dan siapa yang menggunakan kod affiliate mana, atau siapa meraka tu.. Macam mana saya nak track?
      In fact, dengan bro Ambo Azhan pun ini baru first time.

      6. “sbgai contoh klu bro 100 leads.tapi di tunjukkan dalam ruangan aff 50 leads sj.sy kata mcm ni sbb sy subscribe dgn IM yg ada blog dan dikenali dan sy tak dapat link pengesahan.”
      Cuba terangkan dengan lebih lanjut sikit macam mana saya nak buat proses ini dalam Sistem Affiliate Lite. Kalau anda menggunakan sistem affiliate lite, atau tahu proses dan sistem affiliate, anda pasti tahu ini tidak mungkin boleh dilakukan.

      7. Anda ingat 1000 klik mesti kena ada conversion ke? Kalau trafik tu sampah macam mana? Macam mana saya nak tahu kualiti trafik i.e anda menggunakan blaster ke, spamming ke atau sebagainya. It doesnt make sense to blame the sistem- kalau trafik tak convert- check the source and see betul ke trafik tu real.

      8. I dont like you calling me a scammer, penipu dan sebagainya just becouse i want to steal your 50cents. I am not even stealing from your wallet, i am actually giving my own money and you call me a scammer???? That is after you put in there that you made your friend register beside you.. Berapa banyak orang lagi yang register macam ni?? This is not allowed at all.

      9. “bukan tgk profesional atau tidak pada web tu,penipu mcm suthan m pun boleh buat nampak cam profesional.
      pernah dgr tak perompak profesional,pembunuh profesional.

      Pegawai bank yang profesional pun pecah amanah RM140,000″
      Jadi disini saya merupakan IM profesional yang mencuri 50 cents dari poket saya sendiri .. ???? Bukan ke bengong cara you relate kan idea disini??

      10. Saya tak nak menulis panjang. But prove everything you say with a fact.

      Prove that I stole your commision. Prove that Aweber is a bad autoresponder. Prove that Sistem Affiliate Lite is wrong. Prove that 999+ of other affiliates tak dapat komisen tiap tiap bulan. Prove all that before you run your mouth.

      Then you have a case with me. Kalau you cant prove anything like that- i just that you close your case.

      That being said, i give you 7 days to prove your claim. If you can prove everything, i will pay any damages that arises in terms of leads that you claim. But in 7 days if you cant prove anything, i will ban your account and i will consider this close.

      That said, i wont reply after this. I dont see any reason to come and verbally argue dengan orang yang anonymous. Buang banyak masa yang saya boleh gunakan utk fokus untuk bisnes saya.

      Thanks Ambo for the opportunity.

      Have a nice day peeps
      Suthan M

    17. Yup.. Segalanya dah terjawab.. Hope sudara Hamba baca penjelasan daripada Suthan pula..

    18. squeeze page anda hebat,ada video,nama anda di kenali.

      saya ada join PPL lain,dgn squeeze page yang amat lemah(rujuk email yg saya hantar kpd anda),sy masih dpt 10% conversion rate malah peratusan klik juga jauh lebih rendah.
      Dari sumber trafik yg sama

      ini bukan kira 50sen lead drpd kawan saya,tapi
      sy jadi mangsa penipuan yang amat jelas dan bukti kukuh.

      link pengesahan tak hantar,u dah jelaskan bahawa subscriber perlu sahkan nama dan email baru boleh dapat komisen, tapi masalahnya kau tak hantar link pengesahan macam mana tu.u yg bermasalah,tapi u kata saya yg bermasalah,cuba u daftar sendiri, kau tgk dapat tak link pengesahan.

      klu ada org sabotaj u,daftar nama dan email org lain tanpa kebenaran,bukankah u di cop spammer.
      klu saya nak buat buat boleh tapi saya bukan sejahat tu,ganggu periuk nasi orang.

      hal itu sudah menggambarkan kau tak serius,ambil mudah.
      saya bukan bodoh dalam hal komputer dan internet

    19. sudah la jgn balas lagi,sampai bila pun u tak akan mengaku,
      sy pun dah tawar hati.
      tutup buku.

    20. saya tak minta u jawab pasal autoresponder apa,guna sistem affiliate apa.
      saya minta u jawab KENAPA SUBSCRIBER TAK DAPAT LINK PENGESAHAN NAMA DAN EMAIL
      autoresponder you punya,sistem affiliate you punya,jadi you la yang lebih tau pasal hal tu.kenapa kata saya bermasalah plak.

      sy bukan nak tuntut semata-maat 50sen lead dari kawan saya,tapi leads dr kawan sy tu membuktikan bahawa leads yg saya bawa TIDAK di rekodkan,

      sy suruh kawan sy subscribe selepas sy dapat 700 klik tanpa leads,saya ragu,jadi sy suruh kawan saya subscribe untuk test,bukannya nak leads free,apa kejadahnya suruh kawan saya subscribe semata-mata 50sen.
      sistem u tak rekodkan leads yg di bawa sebab u tak hantar link pengesahan.kenapa u tak hantar link pengsahan,dah banyak kali sy tanya benda ni.kenapa tak jawab?
      saya tak nak tau u pakai sistem affiliate apa,autoresponder apa.semua tu di bawah kawalan you.
      tak perlu minta bukti dari saya,periksa balik sistem you.

      bila ada komplen you periksa la sistem you,bukannya melatah macam ni.
      ok la Suthan M,tutup buku.saya pun dah tak nak berdebat dengan u,saya pun dah bosan.saya tahu you tak ada rekod jumlah leads yg saya bawa,sama ada you sengaja tak nak rekodkan
      atau silap.you teruskanlah bisnes you.

      tapi satu benda saya nak bgtau bahawa segala tuntutan saya sebelum ni adalah benar,

    21. Bila baca kat sini ada 2 orang yang teraniaya… Mungkin betul dan mungkin tidak.. Tapi buat ape mereka nak tipu kan.. Bukan nak cop Suthan sebgai scammer ke ape, sepatutnya suthan cakap elok2.. Ini jugak untuk jga kreadibilitnya.. Macam mana kalo ada 50 orang lagi mai kat sini bagitau masalah sama.. Bro Hamba pn elok cakap baik2 di awal blog tadi.. Mungkin masalah ni dapat diselesaikan…

    22. Bila anda membawa isu ini, perkara pertama yang saya lakukan sebelum saya menulis disini ialah audit segala sistem saya untuk memastikan semuanya OK personally.

      Saya even suruh staffs saya check semula. Memang semua lengkap dan tidak dikacau seperti mana yang kami setting bila kami keluarkan program ini.

      From my side, saya tahu memang ada link pengesahan dihantar.
      In fact, saya memang fokus double optin kerana itu merupakan cara bagaimana saya elakkan “emel tipu”..

      Sebenarnya, saya tidak kisah membantu, asalkan orang yang bertanya bertanya dengan cara yang baik.. Saya fikir semua permasalahan boleh diselesaikan dengan positif.

      Cuma…
      Kalau sebelum bertanya, cop orang scammer, penipu dan sebagainya, ingat saya suka ?

    23. Saya juga ingin mengesahkan bahawa saya terima link pengesahan. Saya dah try kali kedua dan tetap sama iaitu dapat link pengesahan. Hairan gak bro Azim a.k.a Hamba tak dapat link pengesahan.

      Kepada bro Azim, anggap bukan rezeki bro lah sebab tak dapat komisen dari jom jadi boss. Banyak lagi PPL lain yang bro boleh join untuk buat duit dengan PPL. Ada hikmah ni bro, cheers bro ek..

    24. hafezariel /

      saya suka baca ayat suthan M

      “Jadi disini saya merupakan IM profesional yang mencuri 50 cents dari poket saya sendiri .. ???? Bukan ke bengong cara you relate kan idea disini??”

    25. ok la Suthan M,sy pun tak nak panjangkan hal ni nanti masam muka di alam maya,sy pun tak suka masam muka dengan org lain walaupun jauh.

      kadang-kadang pikir nak buka balik hal ni,dah ada rancangan nak dapatkan bukti,tapi lebih baik biar lah,nanti kerja lain tak jadi plak
      Sorry la panggil kau scammer Suthan

      Bro Amboazhan,bukan sy saja yg tak dapat link pengesahan,kawan saya pun tak dapat.

      Goodluck Suthan

    26. So, setel la bro ek. Kepada bro Suthan, bro Azim ni dah minta maaf pun sebab panggil bro scammer. Oleh itu, berdamailah kita ya :-)

    27. saya dah test semalam,dapat link pengesahan.

      Thanks Amboazhan and Suthan M

    28. Oh dah dapat ek bro. Apa lagi bro.. Keluarkan balik semua teknik-teknik promosi yang bro pernah guna sebelum ni. Promosi gila-gila, biar semput bro Suthan nak bayar komisen bro nanti hehe :-)

    29. yes TQ,
      Saya top agen bulan ni #1,

    30. TAHNIAH bro! Teruskan bro. Nanti dah jadi top-affiliate, boleh la kongsi dengan kami teknik dan strategi yang bro praktikkan ya :-) Cayok2 bro!

    31. settle gak kes nih yeah..panjang cite nye…banyak g kena blaja kita nih kan

    32. Dah setel pon bro Tuah :) Semua dah jelas..

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    *


    *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CloseShow