Dalam menjalankan sesebuah perniagaan, sudah tentu anda ingin menjadi seorang usahawan terkenal. Dengan menjadi seorang usahawan terkenal, maka mudahlah untuk anda menjual sesuatu barang atau produk. Hal ini juga tidak dapat dipisahkan dengan perniagaan internet.
Untuk menjadi usahawan Malaysia yang terkenal di internet, satu-satunya cara paling mudah untuk anda mendapat kedudukan terkenal itu adalah dengan membina kredibiliti. Untuk pengetahuan anda, kredibiliti bukanlah perkara yang sangat penting dalam perniagaan Internet tetapi merupakan suatu keperluan.
Kebanyakan manusia tidak melihat apa yang anda dapat tetapi mereka melihat apa yang anda lakukan. Pada kebiasaanya, manusia meletakkan kepercayaan terhadap kredibiliti seseorang usahawan barulah manusia itu ingin berurusan dengan anda. Maka, perkara ini telah mejadi satu kepentingan untuk anda membina kredibiliti.
Persoalannya, bagaimana anda hendak membina kredibiliti supaya bergelar usahawan Malaysia yang terkenal di internet?
Kejayaan anda dalam membina kredibiliti bergantung sejauh mana anda berkata mengenai diri anda, sejauh mana anda mendedahkan sifat peribadi anda, dan sejauh mana anda menyumbang kepada masyarakat. Di sini, terdapat dua formula untuk meningkatkan kredibiliti anda sebagai usahawan Malaysia di internet.
Formula pertama adalah menghasilkan produk hebat dan berkualiti tinggi dan mengadakan Joint Venture dengan usahawan terkenal (otai) yang lain. Sudah tentu sedikit mudah untuk anda menjadi terkenal sekiranya dibelakangi oleh mereka yang memang dihormati oleh ramai pengguna internet. Ingat! Kredibiliti yang anda bina itu akan bertukar menjadi pengaruh pada satu hari nanti.
Formula kedua adalah memberi maklumat. Kepandaian dan kebijaksanaan anda dalam memberi maklumat akan meningkatkan martabat anda dalam kalangan usahawan dan pengguna Internet yang lain. Manusia sememangnya memandang pada kebijaksaan dan ketelusan anda dalam memberi maklumat.
Maklumat yang diberi haruslah berkesan dan disertai fakta yang kukuh supaya nama anda akan mula diperkatakan oleh ramai orang dan pengaruh anda akan mula tersebar. Apa yang akan saya cadangkan dalam artikel ini adalah bagaimana hendak menyebarkan pengaruh anda dan seterusnya meningkatkan kredibiliti supaya anda dapat menjadi usahawan terkenal di internet.
Apabila seseorang usahawan itu sudah mempunyai kredibiliti dan mula menjadi terkenal, mereka sentiasa berdedikasi dalam menjalankan tugas. Mereka mempunyai jadual kerja yang tetap dan teratur. Perkara pertama dan terakhir dilakukan pada setiap hari adalah memberi bantuan kepada bakal pelanggan dan pelanggan mereka.
Setiap hari, inbox email mereka pasti dipenuhi dengan pelbagai jemputan Joint Venture daripada pelbagai pihak. Tidak kurang juga email daripada pihak developer seperti syarikat perisian dan webhosting untuk meminta pandangan mengenai produk mereka. Inilah situasi yang terjadi terhadap seorang usahawan Malaysia di internet yang memiliki kredibiliti.
Menjadi usahawan Malaysia di internet yang berkredibiliti adalah satu impian buat mereka yang baru bermula dalam perniagaan internet. Sememangnya ia adalah impian yang berbaloi untuk dibina dan dikejar. Oleh itu, saya ingin mencadangkan di sini, beberapa langkah yang boleh diambil oleh anda dalam membina kredibiliti supaya anda dapat menjadi usahawan Malaysia yang terkenal di internet.
Membina kredibiliti dalam dunia perniagaan internet memerlukan anda untuk menyumbang sesuatu. Jadi, cari satu topik yang anda minat. Dunia perniagaan internet selalunya berkait rapat dengan niche buat duit di internet. Maka, anda perlu sumbangkan sesuatu secara jelas dan terang.
Skop niche buat duit di internet adalah terlalu luas buat anda yang baru bermula. Untuk membina kredibiliti, seeloknya anda kecilkan skop buat duit di internet kepada beberapa perkara yang lebih kecil seperti pemasaran artikel atau SEO (Search Engine Optimization) atau adsense dan lain-lain.
Perkara ini adalah adat untuk anda bermula dari bawah. Walaupun si anak mewarisi perniagaan dari ayahnya, anaknya tetap perlu bermula dari bawah untuk belajar bagaimana perniagaan ayahnya berfungsi. Tiada satu perkara pun bermula dari atas dan tetap berada di atas.
Semuanya bermula dari bawah dan bergerak ke atas sedikit demi sedikit. Walaupun anda jatuh ke bawah, anda tetap berada di atas kerana apa yang paling penting dalam kehidupan adalah pengalaman dan pengetahuan. Ini kerana, kebanyakan newbie bertindak dengan kurang bijak untuk membina kredibiliti melalui tindakan melulu.
Contoh paling jelas dalam situasi bermula dari bawah adalah syarikat menjual makanan segera. KFC, MCD dan Pizza Hut tetap boleh berjaya walaupun mereka tidak menjual semua jenis makanan. Mereka bermula dari kecil, kemudian baru mereka mengembangkan perniagaan mereka.
Sekarang, anda boleh lihat walaupun Pizza Hut bermula dengan hanya menjual Pizza, sekarang terdapat pelbagai makanan di kedai mereka termasuklah spaghetti dan ayam. Jadi, anda pilih satu perkara yang anda rasa boleh anda lakukan. Jika tidak boleh, anda perlu belajar. Kemudian, anda fokus pada perkara itu sahaja.
Pertama, anda pilih bidang yang anda ingin ceburi. Kemudian, bina sebuah laman web professional sebagai kubu dalam perjalanan anda membina kredibiliti. Seterusnya, belajar untuk jadi pakar dalam bidang yang anda pilih.
Ada dua cara untuk membina kredibilit melalui kepakaran. Pertama, memberi pengetahuan asas kepada pembaca. Contohnya anda ingin menumpukan perhatian dalam adsense. Maka, anda menulis atau menunjukkan cara bagaimana hendak mendaftar dan konsep adsense yang sebenarnya. Kemudian anda kembangkan ia kepada cara untuk membuat laman web beserta dengan iklan adsense. Seterusnya, anda kembangkan ia satu persatu.
Cara kedua adalah peka terhadap perkara baru. Dari contoh di atas, sentiasa cari perkara terbaru yang terjadi dalam dunia adsense. Semakin cepat anda mendedahkan perkara baru yang terjadi, semakin mudah dan cepat nama anda menjadi bualan usahawan dan pengguna internet yang lain.
Kita berada dalam dunia realiti dan tidak ada jalan singkat untuk berjaya. Jadi, saya akan berterus terang dengan anda. Terdapat dua cara untuk promosikan laman web anda. Pertama, kaedah percuma. Kedua, kaedah berbayar. Kedua-dua kaedah mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing.
Kaedah Percuma – Ada dua cara yang agak berkesan untuk promosi laman web anda iaitu pemasaran forum dan viral report. Untuk pemasaran forum, anda boleh promosikan laman web anda melalui siggy anda atau bahagian pengiklanan sedia ada.
Kebanyakan forum mempunyai bahagian pengiklanan percuma dan jika anda tidak mampu untuk bayar jika pengiklanan di forum tersebut adalah berbayar, promosi sahaja melalui siggy. Lakukan posting-posting yang berguna untuk dibaca oleh para forumer. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kepakaran kepada anda.
Jika anda pakar dalam bidang adsense, sentiasa lebihkan perbincangan di bahagian tersebut. Awas!! Pastikan perbincangan anda adalah dalam bentuk ilmiah. Ia penting untuk membina kredibiliti anda.
Untuk cara kedua, saya cadangkan anda buat satu laporan percuma untuk diedar kepada pengguna-pengguna internet. Laporan yang anda bina perlu eksklusif dan mempunyai harga. Saya ambil contoh adsense sekali lagi. Untuk membina kredibiliti, anda boleh menulis laporan mengenai perkara berikut:
Tuliskan sesuatu yang akan memberi kepuasan kepada si pembaca. Semakin puas pembaca laporan anda, semakin tinggi kredibiliti anda akan meningkat. Anda boleh letakkan link ke laman web atau squeeze page anda di dalam laporan tersebut.
Edarkan laporan tersebut ke forum-forum dan rakan-rakan anda yang mempunyai minat yang sama. Izinkan pembaca laporan anda untuk mengedarkan laporan anda kepada orang ramai untuk membentuk pemasaran viral terpantas.
Kaedah Berbayar – Jalan terpantas untuk membina kredibiliti adalah dengan menggunakan duit. Duit mampu membeli hampir segala-galanya termasuklah kredibiliti. Promosi menggunakan kaedah berbayar membantu anda untuk membina kredibiliti dengan lebih pantas.
Melalui langkah satu dan dua, anda telah ada asas kredibiliti. Langkah ketiga pula berfungsi untuk mempromosi kredibiliti anda. Di sini, saya akan tunjukkan satu cara mudah untuk membina kredibiliti melalui kaedah berbayar.
Pertama, anda perlu bina satu landing page lengkap dengan opt-in. Kedua, anda lakukan promosi landing page yang anda bina. Di bawah adalah antara kaedah promosi berbayar yang boleh anda lakukan.
Di atas adalah antara kaedah berbayar yang ada untuk anda lakukan promosi dan seterusnya membina kredibiliti anda sebagai seorang usahawan Malaysia yang terkenal di internet. Anda boleh pilih untuk menggunakan kaedah percuma dahulu. Kemudian, selepas anda mempunyai modal, anda bolehlah menggunakan kaedah berbayar pula.
Sekarang, anda pasti sedar betapa beruntungnya dan betapa banyaknya kelebihan apabila anda mempunyai kredibiliti sebagai seorang usahawan. Jadi, apa yang anda tunggu lagi, jom bina kredibiliti supaya anda dapat menjadi seorang usahwan Malaysia yang terkenal di internet!







Satu perkongsian yang sangat menarik dari Bro Saiful. Mohon untuk berkongsi dengan rakan2 saya yang lain
Sama-sama bro Amir. Tak ada masalah. Kongsi je dengan sesiapa pun
Informasi yang menarik…
Thanks bro atas perkongsian ini..
Formula yang pertama tu..memang sukar ler nak buat huhu “buat produk yang berkualiti”..
Sama-sama bro. Tak sukar sebenarnya bro. Perkara yang penting, kita kena tembusi dinding yang sukar tu. Bila dah tembus, ia akan menjadi mudah. Tapi, nak tembus dan jadi mudah tu, kita kena cuba. Selagi tak cuba, sampai bila kita nak cakap sukar kan bro. Jadi, cuba dan buat, buat dan buat dan buat je bro!