Adakah anda seorang yang suka berforum? Apakah tujuan anda berforum? Untuk berbincang sesuatu topik yang digemari atau untuk menambah rakan di internet? Atau anda ingin mencari jodoh di sana?
Saya juga suka berforum. Saya berforum kerana ingin pelajari ilmu perniagaan internet dan ingin berkawan dengan rakan usahawan yang lain. Forum yang selalu saya kunjungi ialah forum WangCyber. Adakah anda ahli WangCyber seperti saya? Jika ya, pasti saya kenali anda.
Walau apa pun forum yang anda sertai, saya pasti anda sukakan forum itu. Saya juga yakin yang anda seorang yang suka terlibat dengan aktiviti perbincangan. Tidak kiralah apa pun topik yang dibincangkan di sana, anda pasti akan mengikutinya.
Dalam anda sibuk berforum, adakah anda tahu tentang kuasa dan rahsia yang terdapat pada sesebuah forum? Bagi yang tidak biasa berforum, anda mungkin tertanya-tanya apakah kuasa dan rahsia disebalik forum-forum yang wujud di alam maya ini.
Sebelum saya teruskan topik perbincangan kita kali ini, saya ingin menyingkap perkataan forum terlebih dahulu.
Forum adalah sebuah medium perantaraan untuk masyarakat berinteraksi bagi membincangkan sesebuah topik khusus yang dilontarkan. Topik-topik yang dibincangkan pula biasanya adalah berbentuk ilmiah.
Tidak kiralah forum tersebut dianjurkan secara offline ataupun online, tujuan pihak penganjur hanyalah satu, iaitu untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat. Sebagai contoh, forum Maal Hijrah yang acap kali dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam akan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kejadian hijrah itu sahaja.
Untuk forum yang wujud di alam maya pula, pelbagai konsep yang ditimbulkan bagi merancakkan suasana di forum berkenaan. Terdapat forum yang berkonsepkan agama, negara, bangsa, hal lelaki, hal wanita, perniagaan dan bermacam-macam lagi. Ini semua diwujudkan bagi membolehkan masyarakat mempunyai sebuah tapak untuk membincangkan topik yang diminati secara serius.
Bagaimanakah caranya untuk anda mencari dan mengenalpasti forum yang anda minati? Mudah sahaja caranya. Dengan mendapatkan bantuan dari enjin carian (contoh: google), anda taipkan sahaja jenis forum yang anda minati.
Kemudian, enjin carian tersebut pasti berikan senarai forum yang berkaitan kepada anda. Sebagai contoh, saya ingin sertai forum yang berkaitan dengan perniagaan internet, saya hanya taipkan sahaja ‘forum perniagaan internet’ di enjin carian.
Dengan mencari, memilih dan menyertai forum yang diminati, saya tidak akan tersalah dalam mendapatkan maklumat. Saya juga dengan mudahnya dapat mencari kawan yang sehati dan sejiwa untuk berbincang tentang perniagaan internet.
Selepas anda menyertai sesebuah forum, apakah tindakan yang patut anda lakukan seterusnya? Anda tak tahu? Oleh itu, di bawah ini, saya senaraikan beberapa perkara yang patut (WAJIB!) dibuat oleh anda:
2. Perkara kedua adalah perkenalkan diri anda terlebih dahulu kepada forumer-forumer di ruangan yang telah disediakan. Dengan berbuat demikian, anda bakal diingat oleh para forumer bahawa anda seorang yang beretika dan berkredibiliti.
3. Kemudian, perhatikan pula topik-topik yang sedang hangat dibincangkan dan bentuk gaya bahasa yang digunapakai di sana.
4. Seterusnya, melalui topik-topik yang sedia ada, kenalpasti pula pakar-pakar bagi bidang untuk topik yang sedang dibincangkan. Dengan mengenalpasti pakar-pakar yang terdapat di forum tersebut, maka mudahlah untuk anda berhubung dengan mereka untuk bertanyakan sesuatu.
5. Selepas itu, cuba serasikan diri anda dengan forumer yang lain. Sapalah mereka semasa anda mengikut berbincang untuk topik yang diutarakan. Dengan berbuat demikian, hal ini memudahkan untuk forumer-forumer mengenali anda dengan lebih rapat.
6. Tunjukkan rasa minat dan sayang anda terhadap forum tersebut dengan sentiasa mengikuti topik-topik yang dibincangkan. Kesannya, anda juga pasti akan mendapat positif feedback dari ahli yang lain.
7. Kenalpasti juga sub-sub forum yang terdapat dalam forum yang disertai. Hal ini untuk mengelakkan anda dari tersalah buka sesebuah topik baru. Jika anda tersalah buka topik baru di sub-forum yang tidak sepatutnya, anda mungkin akan di ban oleh penganjur forum tersebut.
8. Untuk serlahkan diri anda dengan jayanya, sertailah topik-topik yang anda betul-betul arif sahaja. Dengan berbuat demikian, anda akan dilihat sebagai pakar bagi topik yang dibincangkan.
9. Jangan sesekali membuat SPAM di forum yang disertai. Jika anda lakukan juga, anda bukan sahaja akan di ban, tetapi hal ini turut menjatuhkan reputasi anda sebagai forumer.
Kenapa anda perlu ikut cadangan di atas semasa berforum? Kalau saya tak nak ikut macam mana? Eh.. Melawan pula. Jika anda ikut, anda akan berjaya dalam:
1. Membina kredibiliti dan reputasi diri.
2. Dilihat sebagai pakar untuk sesuatu topik.
3. Disukai dan disayangi oleh para forumer yang lain.
Itu cerita kuasa forum. Bagaimana pula dengan rahsianya? Hebat sangat ke rahsia forum sampai saya simpan dari dulu hingga sekarang baru nak bongkarkan?
Mestilah hebat, sebab tu saya nak kongsikan ni. Kalau tak hebat, saya diam-diam je hohoho.. Tetapi, saya hanya ingin sebutkan yang dapat dikorek oleh saya je. Rahsia lain saya tak nak bongkarkan sebab orang lain dah tolong bongkar untuk saya.
Baca dulu la artikel saya ni sampai habis. Di hujung artikel ni nanti saya akan berikan nama orang tu. Saya ada TIGA rahsia yang ingin dikongsikan iaitu:
Rahsia 1 – Traffik. Jika anda mempunyai laman web atau blog, anda boleh dapatkan traffik melalui berforum. Traffik dari forum bukan sahaja percuma, tetapi berkualiti. Saya katakan traffik dari sana berkualiti kerana jika terdapat forumer yang melawat ke laman web atau blog anda, mereka pasti akan memberi komen terhadap laman web atau blog anda itu. Melalui komen-komen merekalah anda dapat menambah baik laman web atau blog anda.
Rahsia 2 – Cipta produk. Melalui kerajinan anda mengikut topik-topik perbincangan yang terdapat di forum, anda akan mendapat idea dan info-info yang berkualiti untuk mencipta produk. Info-info yang terdapat disesebuah forum adalah mahal jika anda ikuti dengan penuh teliti. Hal ini kerana, info-info dikongsikan oleh para forumer adalah yang terkini dan masih panas. Jika anda jadikan info-info tersebut dalam bentuk produk, pasti berebut-berebut para usahawan yang dahagakan ilmu membeli produk anda. Anda juga dapat mencipta produk dengan membuat survey dahulu di sana. Dengan membuat survey, taklah nanti produk yang dicipta tak laku tak tentu pasal.
Rahsia 3 – Buat duit. Anda juga boleh jana pendapatan di forum. Bagaimana ya? Jika anda mempunyai produk, anda boleh iklankan dan promosikan di forum. Jika anda seorang pereka laman web, programmer, penulis sambilan, peniaga makanan, dan lain-lain, anda boleh iklankan servis anda di sana. Saya yakin, pasti ramai yang inginkan servis anda itu. Jika lama-kelamaan, anda menjadi seorang forumer tegar, anda juga boleh menyewakan signature atau siggy anda kepada sesiapa yang berminat. Untuk pelajari dengan lebih lanjut mengenai buat duit melalui signature, sila rujuk artikel yang saya tulis di WangCyber di sini.
Terdapat banyak lagi rahsia yang terdapat di forum. Tetapi, sahabat saya iaitu SmartZul terlebih dulu telah bongkarkan kepada umum. SmartZul langsung tak bagi saya ruang untuk jadi orang yang pertama membongkar kesemua kuasa dan rahsia forum.
Aduh.. saya terlambat sikit je.
Jika anda berminat untuk pelajari dengan lebih mendalam mengenai kuasa dan rahsia forum, sila ikut link di bawah:
Buatlah pembelian di sana, ianya pasti berbaloi-baloi. Jika tiada e-book Kuasa Forum ini, saya rasa sampai sekarang pun saya tak tahu yang saya boleh buat duit di forum sebanyak RM1000/sebulan.
Jika anda ingin berbual dengan saya di forum, jom ke WangCyber. Kita jumpa di sana sana sana..






Salam tuan blog. Saya suka dengan rahsia kedua & ketiga yang tuan bagitau kat sini. Saya tak pernah pun join mana-mana forum. Tuan ni aktif dekat wangcyber je ke? Forum lain tak ada ek?
Terima kasih dengan perkongsian ini.
Forum WangCyber adalah forum yang terbaik untuk warga WC. Sebelum ni memang ada beberapa forum lain yang wujud bagi menyeimbangkan populariti WC seperti Kelab Malaysia. Tetapi, disebabkan hampir kesemua otai IM di Malaysia lebih suka bersantai di WC, WC tetap mampu bertahan dan dalam masa yang sama membantu IM yang lain dalam dunia IM
W-salam, saya memang aktif di WangCyber sahaja setakat ni. Jom join & meriahkan lagi forum WangCyber
baru jer jenguk forum.. Hehe.. Ada pula review kat sini yer.. hehe.. sekarang dah nampak amboazhan rajin berforum.. ni mesti diperap team pemikat ni.. hehe..
Saya dah lama berforum. Cuma dulu bertapa 2-3 bulan untuk study ilmu penulisan ni