Di bawah terdapat lima tips mengandung cepat. Nak lebih banyak tips dan panduan tentang mengandung cepat dan senang hamil? Terus ke lama web ini, KLIK ==> www.SenangHamil.com
Mengandung adalah satu anugerah yang tidak terhingga bagi setiap wanita yang baru mendirikan rumahtangga. Tetapi, seringkali juga kita mendengar bahawa tidak semua wanita bernasib baik dapat merasai pengalaman untuk mengandung. Tambah-tambah, ada wanita yang terpaksa menunggu lama sebelum dapat mengandung.
Oleh itu, apabila seorang wanita itu dapat mengandung, ia perlu dijaga rapi dan teliti dari segi aspek keselamatannya. Namun untuk memastikan proses mengandung berjalan dengan lancar, ia bukanlah semudah seperti yang disangka. Bagi wanita yang baru pertama kali merasai proses mengandung, pasti mempunyai sedikit kesukaran dalam menempuh alam kehamilan kerana ia merupakan pengalaman pertama.
Jadi, kepada wanita yang belum pernah merasai proses itu, di bawah ini saya senaraikan lima tips mengandung cepat yang boleh diamalkan. Tips mengandung cepat ini telah teruji secara klinikal. Diharap para wanita di luar sana mendapat manfaat.
Anda seharusnya buat rancangan dan pilih waktu yang sesuai dalam menjalankan hubungan intim bersama pasangan anda agar dapat mengandung cepat. Secara saintifik, sperma (telur persenyawaan lelaki) dapat hidup dengan gembiranya dalam rahim seorang wanita selama lima hari. Oleh itu, anda boleh merancang untuk menjalankan hubungan intim dua hari sebelum terhasilnya ovum (telur persenyawaan wanita) iaitu ketika wanita dalam keadaan subur. Kaedah termudah untuk mengetahui waktu subur seorang wanita adalah menggunakan kit penguji kesuburan yang boleh didapati di farmasi berdekatan.
Semasa anda menjalankan hubungan intim, pilihlah posisi yang sesuai agar penyimpanan sperma di dalam rahim dapat bertahan lebih lama agar proses mengandung berlaku dengan cepat. Posisi yang dicadangkan oleh pakar adalah missionary dan elakkan daripada posisi women on top.
Tips mengandung cepat ini adalah berkaitan dengan soal pemakanan. Secara umumnya, pasangan yang inginkan zuriat seharusnya mengamalkan pemakanan seimbang dan ini termasuklah pengambilan vitamin. Untuk pengetahuan anda, vitamin C dapat meningkatkan kualiti pengeluaran sperma manakala vitamin E dapat meningkatkan kesuburan seorang wanita.
Pada kebiasaannya, wanita yang mempunyai berat badan normal akan cepat mengandung berbanding wanita yang berat badannya tidak normal. Oleh itu, pastikan anda mempunyai berat badan yang normal agar anda dapat mengandung cepat.
Seperti yang anda sedia maklum, rokok dan alkohol mampu menghalang anda daripada mengandung cepat. Malah, ia juga mampu memberi kesan buruk ke atas janin anda nanti. Oleh itu, berhenti merokok dan berhenti daripada mengambil alkohol jika anda ingin mengandung cepat.
Lima tips mengandung cepat di atas adalah yang biasa anda dengar tetapi cukup berkesan apabila diamalkan. Terdapat lebih banyak tips mengandung cepat dalam sebuah ebook Senang Hamil yang ditulis oleh seorang ahli farmasi iaitu Fatina Aziz. Anda boleh dapatkan ebook tersebut untuk mendapat lebih banyak tips mengandung cepat dengan klik di sini.
Apabila anda berjaya mengandung nanti, tahniah saya ucapkan. Saya doakan, agar bayi yang anda kandung nanti menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. Semoga tips mengandung cepat ini dapat membantu anda mengandung dengan cepat.






Setahu aku, missionary position ni laki kat atas. nape women on top? maksudnya pompuan kat atas lah ye?
Betul la tu bro. Lelaki kat atas, perempuan kat bawah. Maksud saya sebenarnya, elakkan daripada mengaplikasikan posisi women on top. Hehehe..
Alamak, silap faham pulak aku. Sori bro. Hehe.. Maluuu woo.. :p
Hehehe.. alah bro.. saya pun malu nak tulis panjang-panjang topik ni. bro komen pun saya dah malu
sebab saya belum kahwin pun huhu..
Takpe bro belum kahwin pun, basic tu kena tahu kan. Hahaha..
p/s: aku pun belum kahwin lagi daaa…
Hehehe bereh bro.. Nanti saya nak kahwin saya review la ebook ‘Malam Pertama Pengantin’ tu
info yang menarik pasal tips hamil… nak kahwin jugak laaa…
Kahwin isteri no berapa bro Fatah?
hihi..