Pengasas

السلام عليکم

Nama pemilik blog AmboAzhan ini ialah Shaiful Azhan Bin Malik dan berasal dari Jertih, Terengganu. Penulis telah dilahirkan di Kampung Gong Duek, Jertih pada tanggal 14 November 1985. Maksudnya, umur penulis sekarang ialah 25 tahun.

Penulis mempunyai sebuah keluarga yang ceria dan gembira pada setiap masa. Ahli keluarga penulis terdiri daripada Abah, Mama, dua orang abang, dua orang kakak, dan empat adik.

Penulis ialah seorang graduan Bioteknologi Sumber daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada tahun 2008. Kini, penulis sedang giat menyiapkan sarjananya dalam bidang Bioteknologi Sel Haiwan di Universiti Darul Iman (UDM). Tajuk sarjananya ialah ‘Large-Scale Production Of Monoclonal Antibody Against Avian Influenza Virus Subtype H9N2′.

Pada masa yang sama, penulis bekerja sebagai pembantu penyelidik di Fakulti Pertanian dan Bioteknologi, UDM. Ini bermaksud, buat masa sekarang, penulis menetap di Kuala Terengganu, Terengganu.

Minat penulis terhadap perniagaan internet bermula pada awal November 2009. Penulis membuat keputusan untuk berkecimpung dalam bidang ini setelah membeli dan menelaah sebuah produk perniagaan internet berkenaan Click Bank yang dihasilkan oleh seorang usahawan tempatan.

Selepas itu, penulis terus berusaha untuk mendalami lagi bidang ini dengan membeli produk-produk digital yang berada di pasaran sama ada dikeluarkan oleh usahawan tempatan atau usahawan antarabangsa.

Kebiasaannya, penulis akan berada di Forum WangCyber (WC) untuk menimba ilmu berkaitan perniagaan internet. Di WC, penulis menggunakan nama shaifulazhan untuk berinteraksi dengan ahli-ahli yag lain.

Melalui ilmu yang ditimba di sana, penulis mendapat ilham untuk mencipta laman AmboAzhan ini. Seterusnya, penulis bercita-cita untuk menjadi seorang tukang review bagi setiap produk digital yang terdapat di pasaran tempatan tidak kiralah ianya percuma ataupun berbayar.

Oleh itu, penulis berharap supaya para pengguna internet dapat menjadikan laman ini sebagai rujukan sebelum mendapatkan sesebuah produk yang ingin dibeli.

Kepada pemilik-pemilik produk digital, jika terdapat sebarang ketidakpuashatian terhadap review yang penulis coretkan di sini, anda boleh suarakan pandangan anda ke admin [at] amboazhan [dot] com.

Sekian, terima kasih.

شکرا جزيلن

CloseShow