TIDAK!! Saya Ditipu Lagi Oleh SCAM Jahanam

TIDAK!! Saya Ditipu Lagi Oleh SCAM Jahanam

Di bawah adalah sebuah kisah sedih yang ingin saya kongsikan bersama pembaca sekelian:

Pada awal Disember 2009 yang lepas, saya telah membaca satu iklan berkenaan program pelaburan yang mampu menukar saya menjadi seorang jutawan. Pelaburan yang paling minimum ialah sebanyak RM 500 dan pulangannya memakan masa selama sebulan sahaja.

Keuntungan yang ditawarkan bukanlah sekali ganda dari nilai pelaburan, tetapi berkali-kali ganda dari nilai itu. Cuba anda bayangkan, jika saya melabur sebanyak RM 1000, saya akan mendapat keuntungan sebanyak RM 100,000 dalam masa tidak sampai sebulan.

Dengan perasaan membara untuk menjadi kaya raya. Dengan hati yang tak tertahan untuk bergelar jutawan seperti Irfan Khairi. Tanpa melengahkan masa, saya terus bank-in bayaran minimum yang diminta ke akaun penganjur program pelaburan itu.

Saya begitu yakin, saya akan transform diri menjadi jutawan dalam masa sebulan lagi tanpa berusaha tetapi dengan hanya melabur melalui program itu sahaja. Saya sudah mula memasang angan-angan selepas melabur.

Saya berkira-kira untuk membeli sebiji banglo untuk keluarga, sebuah kereta mewah seperti BMW 6th series, sebidang tanah untuk dibuat kebun durian dan berbagai lagi. Saya tidak perlu lagi bekerja pada siang hari. Saya boleh gunakan masa siang untuk tidur sepanjang waktu. Saya juga telah berhenti bekerja kerana begitu yakin dengan program yang saya ceburi ini.

Tetapi realitinya, detik-detik hitam dalam kehidupan saya baru bermula. Apabila selepas cukup tempoh yang diberi, pihak penganjur program tidak dapat dihubungi melalui kesemua sistem hubungan yang disediakan. Saya mula bingung dan hilang punca. Saya cuba berfikir tetapi sampai sudah tidak menemui jawapan. Siapakah yang dapat membantu saya? dan Apakah yang akan terjadi kepada saya selepas ini?


SAYA MEMOHON ANDA BANTULAH SAYA ARGHHH!!!


Hah.. Menarik ke tidak dengan cerita saya di atas. Anda merasa kasihan tak dengan saya? Maafkan saya ya andai anda terkejut dengan kisah sedih di atas tu. Ia hanyalah sebuah lakonan yang saya reka semata-mata. Syukur Alhamdulillah.. Setakat ini saya tidak pernah ditipu oleh mana-mana program SCAM lagi sebenarnya.

Tujuan saya menulis kali ini bukan untuk mengajak anda berdebat pasal program-program SCAM ini. Tetapi saya ingin mengajak anda untuk turut berkempen memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat MALAYSIA secara amnya berkaitan dengan SCAM.

Kenapa anda patut turut serta dalam kempen ini? Hal ini kerana, kewujudan program-program SCAM sekarang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Selepas satu yang dihapuskan, sepuluh yang muncul. Semua orang pun tahu, SCAM hanya menguntungkan penganjurnya, pengikutnya pula hanya mendapat rugi semata-mata.

Adakah anda mahu diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan anda terlibat dan mendapat kerugian BESAR dengan program sebegini? Jika jawapan anda YA, abaikan info yang saya sampaikan di sini. Jika jawapan anda TIDAK, teruskan bacaan anda sehingga habis.

Keperluan dalam menyebarkan segala info berkaitan SCAM adalah tanggungjawab kita semua. Tidak kira anda seorang usahawan internet mahupun pengguna internet. Jika anda usahawan internet, pastikan anda mempunyai sebuah artikel berkaitan SCAM di blog anda. Jika anda pengguna internet, sebarkan artikel dan e-book yang disertakan kepada keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja.

Jika anda tiada bahan untuk disebarkan, saya sarankan supaya anda dapatkan e-book percuma tulisan saudara Faiz Shafie, Shamsuriyadi dan Amirul Ikmal berkenaan SCAM. Apa yang boleh saya katakan, ketiga-tiga e-book tersebut wajib milik oleh setiap pengguna internet. Link download untuk ketiga-tiga e-book ini anda boleh dapatkan di hujung artikel ini.

Oleh itu, saya ingin bersama-sama dengan ketiga-tiga usahawan tersebut untuk menyebarkan hal tidak beretika ini. Sila baca review SCAM dari Si Tukang Review seperti di bawah:

SCAM 1: Rahsia Penipuan di Internet

E-book ini ditulis hasil daripada kajian dan pengalaman yang dilalui oleh saudara Faiz Shafie terhadap program SCAM. Disebabkan beliau tidak mahu ramai lagi yang tertipu dengan program SCAM, Faiz telah mengambil langkah inisiatif dengan menghasilkan dan mengeluarkan e-book ini buat tatapan umum.

Jika anda ahli forum WangCyber, anda pasti kenal dengan Faiz. Saudara Faiz juga ‘orang baru’dalam perniagaan internet tetapi mempunyai pengetahuan tinggi terhadap selok belok penipuan yang dilakukan oleh program SCAM.

E-book ini membongkar teknik-teknik rayuan yang diaplikasikan oleh setiap penganjur program SCAM. Teknik rayuan yang digunakan oleh penganjur SCAM memang menjelekkan dan menjengkelkan jika diteliti. Hinggakan, sesiapa sahaja yang membaca iklan SCAM akan tertarik dengan setiap tawaran hebat yang disediakan oleh penganjur.

Melalui e-book ini juga, anda juga diajar dengan teknik-teknik dalam mengenalpasti program buat duit yang selamat untuk diikuti. Selepas itu, penulis menyuruh anda untuk membuat laporan mudah terhadap program buat duit yang ternyata SCAM.

Kaedah untuk membuat laporan juga diajar dalam e-book ini. Jika diperhatikan, penulis betul-betul lantang dalam memerangi program SCAM melalui gaya penulisan yang digunakan.

Jika anda benar-benar serius untuk buat duit melalui internet, e-book ini turut memberi cadangan terhadap beberapa program yang sememangnya terbukti dipercayai. Anda boleh dapatkan e-book yang dimaksudkan melalui link di hujung artikel ini.

SCAM 2: Penipuan di Internet Yang Perlu Anda Tahu

Pada tahun 2007, saudara Shamsuriyadi telah menerbitkan e-book SCAM ini di bawah naungan G World Enterprise iaitu syarikat yang dikendalikan oleh beliau sendiri. Kemudian, Sham telah mengedarkan e-book ini di setiap ceruk alam maya supaya masyarakat kita tidak terjebak dengan program-program SCAM.

Cuba anda perhatikan, pada tahun berapakah e-book ini telah mula diedarkan? Kiranya, sudah bertahun-tahun e-book ini bergerak dan menggelongsor di alam maya. Tetapi, berapa ramai yang memiliki dan tahu tentang kewujudan e-book ini dan membacanya?

Jika anda ialah usahawan internet, saya ingin bertanya kepada anda, apakah erti sebenar perniagaan internet? Andai anda belum mempunyai jawapan untuk soalan saya, e-book ini mempunyai jawapan terbaik untuk soalan yang saya kemukakan.

Anda wajib memahami maksud disebalik perkataan perniagaan internet itu sendiri terlebih dahulu. Apabila anda faham, maka anda akan dapat membuat perbezaan diantara perniagaan internet dengan program SCAM.

Adakah anda tahu bahawa program SCAM boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk. Aktiviti yang dianjurkan juga terdapat dalam berbagai-bagai jenis. Strateginya juga berlainan. Penulis telah menyenaraikan sebanyak 14 jenis program SCAM yang mengejutkan saya.

Saya berikan satu contoh di sini iaitu Program Paid to Click E-mail. Saya ringkaskan bagaimana program ini berjalan:

1. Anda daftar sebagai ahli secara percuma
2. Anda mula menerima emel pertama daripada penganjur
3. Anda buka dan baca emel yang dihantar
4. Anda terima lagi emel kedua dari penganjur
5. Anda lakukan langkah ketiga dan melakukannya berulang-ulang
6. Selepas satu tempoh, anda belum menerima apa-apa bayaran
7. Kesimpulan program = SCAM
8. Faedah yang anda terima = Membuang masa anda yang berharga

Walaupun program seperti ini banyak dianjurkan dan sentiasa dibalahkan, tetapi ia akan terus berjalan dan mengaut keuntungan selagi persepsi ingin cepat kaya terus hidup dalam diri anda. Saya bukan katakan anda tidak boleh berfikiran untuk cepat kaya, tetapi gunakanlah cara yang betul.

Dalam e-book ini, penulis turut memberi cadangan teknik perniagaan internet dan program buat duit yang sebenar di internet. Uniknya, teknik dan program yang dicadangkan terbukti dapat menjana pendapatan untuk anda.

SCAM 3: Penipuan Internet Dibongkar Secara Besar-Besaran

Jika saya membuat review terhadap e-book SCAM yang ketiga tulisan saudara Amirul Ikmal, saya gusar anda tidak akan dapatkannya dan turut bersama-sama saya untuk sebarkannya. Jadi, saya membuat keputusan untuk tidak mereview e-book ini supaya anda sendiri baca dan fahami apakah isi kandungan SCAM yang dibawa.

Oleh itu, untuk download ketiga-tiga ebook di atas, sila klik link di bawah untuk dibawa ke halaman download:

TIGA E-BOOK BERKAITAN PROGRAM SCAM UNTUK DIPELAJARI

Lepas dah download, terus baca ya! Kemudian, saya mohon anda turut sebarkan ketiga-tiga e-book di atas untuk kebaikan bersama!

14 Comments

  1. Ingatkan bro kena SCAM dengan Program buat duit cepat MISKIN itu..

    huhuhu menarik artikel ini.. :-)

    Huhuhu Paid to click bukan program cepat kaya. Sangat susah nak kaya melalui PTC ini.. Cuma kena nilai terlebih dahulu samada PTC ini ada yang LEGIT dan old long atau masih baru. Better join PTC yang old dan Pastikan Google search keyword SCAM. Nilaikan patut join ke tak.

    Setakat ini AJ join ada yang dapat duit, tak seberapa dan bukan matlamat untuk jadi kaya. Cukup untuk job sambilan untuk kumpul modal tuk biz lain yang boleh mendatangkan pendapatan jangka panjang. :-)

    Terima kasih atas perkongsia E-book Scam itu. Leh baca2x dan kalau ok boleh buat koleksi untuk dihebahkan kepada Agen Affiliate di web jualan AJ.. huhuhu

  2. Hehehe xde la bro, saje wat propaganda sikit. Thanx bro sebab sudi singgah sini.

    Betul3.. PTC ada yang bukan SCAM. Saya ada gak buat dulu tapi sekarang dah benti sebab x dapat fokus sgt.

  3. oho.. takpa2x.. :-)

    Oyaka? Kira bro dah lama r berkecimpung dalam dunia PTC..

    Hehehe betul tu.. main PTC ni mudah sangat sampai rasa produktiviti pun kurang coz hari2x hanya menghadap laptop habis kat klik3x iklan. Kadangkala sampai tak fokus kat job sedia ada.. dok rajin klik iklan tup2x uih dah petang.

    AJ, jarang berforum gara2x try error dalam PTC ni gak r.. dok tengah explore secara lebih teknikal pasal PTC..

    apa2xpun ia sesuai sebagai kerja sampingan sementara nak dapat job yang besar-besar.. :-)

    Fokus2x..

  4. Tak la lama bro. Masa mula2 join IM la buat PTC. Pastu lama boring plak hehe.. Pastu tukar plan sampai la dapat idea wat blog nh.

    Nape kelab malaysia x havoc dah ek bro huhu..

  5. Tak dapat dipastikan kenapa.. Mungkin sebab masing-masing takda idea nak boh apa kat dalam forum… hehehehe

    + bulan 12 AJ buzy study SEO.. jarang sampai ke forum kelabmalaysia..

    Erm nak buat camna ya. coz kena ada suatu yang boleh mengujakan semua tuk kembali havoc kan semula KelabMalaysia nih..

  6. Kalau buat contest best gak bro. Buat la contest apa bidang pon. Contest warna gambar ke hehe.. Gurau je.

    Apa-apa jela janji contest dan bagi hadiah yang tersangat lumayan.

  7. mula-mula baca title saya terfikir “aduh….kena fikir dua tiga kali ni nak buat online business”. nasib tak berlaku ngan shaiful.

    memang perlu la ada buku pasal scam ni…lebih-lebih lagi kalau beri percuma. terlalu banyak program scam sekarang ni. ada panduan macam ni ibarat sediakan payung sebelum hujan.

    ni tumpang banga lah ada kawan yang peka macam saiful ni. saya yakin boleh jadi tukang review yang pro ni. bakat dan gaya penulisan dah ada. syabas dan teruskan. saya suka baca review shaiful ni. ni mesti anak murid Bro Zamri Nanyan ni?

    lastly….i like this blog design. good content. very informative.

  8. hehe akhirnya lobo sampai ke sini juga. terima kasih lobo for your support. bukan bro zamri nanyan lobo, sendirian berhad je huhu.. once again, thanks to lobo.

  9. Salam ziarah tuan blog,
    andai yang dah terkena jadikan ia sebagai pengajaran. Dan andai yang masih belum kena, anda untung kerana terdapat banyak tunjuk ajar diberikan oleh orang2 kita supaya anda tidak terjebak dengan program2 ini…..

    semoga tuan dirahmati Allah…

  10. Terima kasih tuan mantra sebab sudi jenguk ke sini. Alhamdulillah, saya belum lagi terkena, cuma ingin ingat beringat sesama kita.

  11. cerita suspens… ;) tapi memang pernah berlaku…

  12. haha suspen ke, nati saya buat cerita thriller pulak ek. Memang berlaku pun hafiz. Dalam paper, boleh kata tiap2 minggu ada jer yang buat report polis disebabkan join program SCaM.

  13. 18/8/2010 berita harian..
    lagi berita scam kuar kat paper..dah dekat2 nak raya ni kisah sedih macam rekaan saudara di atas pulak betul2 keluar paper..isk isk isk…KITA TAK BOLEH BERHENTI DARIPADA MENGHEBAHKAN APA2 SCAM YANG BERLAKU DI MALAYSIA NI…TERUSKAN KEMPEN ANTI SCAM.

  14. Hmm.. Apa boleh buat bro Zack. ‘Orang Kita’ memang suka jalan mudah. Dah penat warga usahawan tempatan promosi pasal SCAM ni. Tapi, ‘Orang Kita’ tetap percaya dengan segala jenis SCAM. Sedih kan bro :-( Kita jangan berhenti dari sebarkan semua kegiatan SCAM ni ya! Cayok lah :-)

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tukang Review Produk Digital Telah Muncul | AmboAzhan dot Com - [...] yang menguntungkan. Pembaca diingatkan, En. Azhan bukan menyentuh berkenaan program-program SCAM. Beliau langsung tidak ingin merujuk kepada program-program penipuan ...
  2. Interview Tergempar!! Rangkaya Jutawan Buka Mulut | AmboAzhan dot Com - [...] dan sebagainya. Saya sendiri adalah ahli anti-SCAM. Mengapa saya ingin mereview e-book perniagaan SCAM pula? Sudah tentu tidak sama ...
  3. Idea Hebat Jana Duit Sampingan Di Internet | Ambo Azhan dot Com - [...] Aug 30 Fakta – Ramai yang berminat untuk jana duit di ...
  4. Blog Untuk Jana Duit Secara Online | Ambo Azhan dot Com - [...] Blog Untuk Jana Duit Secara Online.. Saya mempunyai ramai kawan yang berminat untuk jana dan tambah pendapatan secara online. ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

UPDATE PERCUMA!

Jadi pembaca PERTAMA yang bertuah di blog ini dengan isikan EMAIL anda di bawah SEKARANG juga:

Delivered by FeedBurner

Produk TERBAIK 2012

Facebook AmboAzhan

PageRank AmboAzhan

Direktori Laman Web

Laman web directory

CloseShow