Kisah saya kahwin lari macam ni..
Pada penghujung tahun 2009 yang lalu, saya telah berkenalan dengan seorang gadis melalui Facebook. Niat saya masa tu nak berkawan je, tapi disebabkan gadis tu terlalu ayu, cantik dan menarik, saya pun cubalah pikat dia. Manalah tahu rezeki saya kan
Sebagai permulaan, saya mengayat gadis tu dengan hantar mesej dan chat je guna Facebook. Tak lama lepas tu, saya dapatlah no telefon dia. Dah dapat no telefon, tiap-tiap malam dah jadi rutin untuk saya bergayut dengan dia. Suara dia best woo.. Memang naik angau dibuatnya.
Tak cukup dengan cakap kat telefon, kami bertukar-tukas SMS, MMS dan 3G. Banyak jugalah gambar dia bagi kat saya. Masa 3G dengan dia, syahdu je sebab dapat tengok muka dia live. Memang seronok habis la sebab dia pun dah suka kat saya hohoho..
Akhirnya, selepas tiga bulan kami bercinta di alam cyber, saya telah membuat keputusan untuk berjumpa dengannya secara face to face. Saya pun aturlah first date kami dengan penuh terancang. Semasa saya mengatur rancangan dengan dia, perasaan saya pada ketika itu tersangatlah gembira dan cukup teruja.
Terus terang saya katakan, saya ni bukanlah jejaka yang diidam-idamkan oleh jelitawan di luar sana. Yalah, dah saya ni jenis serabai sikit. Siapalah yang sanggup bercinta dengan orang serabai macam saya ni? Hanya gadis cantik yang turun dari langit ni jelah sudi bercinta dengan saya. Beruntung tak saya?
Dipendekkan cerita, hari yang ditunggu telah tiba. Saya pun berangkatlah ke tempat yang dijanjikan. Jarak antara bandar saya dan gadis itu lebih kurang 300 km. Jauh kan? Disebabkan jauh, saya telah menempah sebuah bilik hotel di bandar gadis tersebut untuk menginap selama berada di sana.
Akhirnya, kami pun berjumpalah selepas si gadis pulang dari bekerja. Rancangan saya hanyalah untuk berdating dengan dia je. Tapi entah macam mana, si gadis bersetuju untuk sambung berdating di bilik hotel yang telah saya sewa.
Bila dah berdua-duaan di sana, tanpa orang lain tahu dan tanpa sebarang gangguan, anda faham-fahamlah perkara yang berlaku selepas itu. Kami telah terlanjur membuat hubungan bak sepasang suami isteri.
Disebabkan perasaan bersalah dan berdosa menyelubungi diri kami, saya pun membuat keputusan untuk bertemu dengan keluarga si gadis. Tetapi malangnya, keluarga si gadis tidak mahu menerima saya. Alasan mereka ialah saya jenis yang tak ada duit sebab tak mampu nak tanggung belanja perkahwinan.
Disebabkan hal itulah, saya telah membawa si gadis ke negara jiran untuk mengahwininya. Saya terpaksa mengambil tindakan macam tu sebab tak mahu dibendung oleh dosa yang lalu. Lagipun, belanja kahwin di negara jiran jauh lebih murah tau. Banyak yang saya dapat jimat.
Apakah pandangan anda? Adakah tindakan saya di atas betul ataupun salah? Jika anda berada di tempat saya, apakah tindakan anda pula?
PERHATIAN: Cerita di atas adalah sebuah cerita yang saya reka semata-mata. Tiada kaitan dengan saya atau sesiapa pun. Luahkan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Kemudian, saya akan sambung lagi cerita ini dengan membuat review terhadap sebuah produk digital berkaitan KAHWIN.





alamak….
ingatkan cerita betul tadi..
hehe.saya pun sama.
memang tak patut buat macam tu.kena bawa berbincang.
perh…memang suspen…tapi betul ke cerita ni takde kne mengena dengan Azhan:)
Cerita ni saya reka-reka je
Tak kan lah benda betul jadi kat saya, saya nak serita kat satu dunia. Dapat malu je nanti huhu.. Nanti saya uploadkan review penuh ya. Terima kasih sebab sudi melawat ke sini.
Tak ada la bro. Cerita rekaan je ni.
Macam-macam cara lagi untuk elakkan kahwin lari ni kan. Bawa berbincang salah satu caranya..
hahaahaha. Ape2jerlaa. Wat suspenn jerr…..
Tp campion la citer rekaan semate2 nie. huhuhuh
Sy xde idea nk komen utk topik nie.
Tp seronok2 baca jer.
Adios
Memang suspen citer nie~~
Keep it up =)
Suspen ke bro hehehe.. Tapi lepas dah habis baca mesti rasa lega kan
walaupun cerita nie rekaan tapi perkara macam nie kerapa kali terjadi dikalangan masyarakat kita.
semoga menjadi iktibar kepada kita agar tidak mudah terjebak dengan kancah maksiat…
cerita rekaan tapi macam real je….
macam pernah dengar je tapi kat mana ye?>??
Pernah tengok drama TV tak bro? Itu la asal usul cerita ni
Insya-Allah.. Sama-sama kita ambil iktibar.