Nak Pergi Mana Lepas SPM Nanti?

Nak Pergi Mana Lepas SPM Nanti?

Artikel pada kali ini, saya tujukan khas kepada adik-adik yang telah menamatkan zaman persekolahan pada November 2010 yang lepas. Tahniah diucapkan kepada anda kerana telah berjaya melepasi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan jayanya.

Kenapa blog ini tiba-tiba nak bercerita berkenaan hal SPM?

Haa.. Ini kerana, saya ingin menguar-uarkan kepada adik-adik berkenaan sebuah ebook yang boleh membantu adik-adik dalam memilih program apa yang ingin diikuti nanti. Melalui ebook ini, adik-adik boleh tentukan destinasi adik-adik selepas mendapat keputusan SPM kelak.

Untuk terus merujuk kepada ebook yang saya maksudkan, adik-adik boleh klik link ini: LepasanSPM.com untuk dibawa ke laman web ebook tersebut.

Jika dilihat kepada rakan-rakan yang telah pun menamatkan zaman persekolahan, mereka telah berjaya melanjutkan pelajaran berdasarkan minat masing-masing selepas membuat kaji selidik. Mereka bukanlah bersandar terhadap keputusan cemerlang yang telah diterima semata-mata. Tetapi, mereka berusaha untuk tahu, apakah program yang mereka minat serta mempunyai masa depan yang cerah.

Bagaimana mereka berusaha untuk tahu? Adakah dengan menunggu orang lain memberitahu kepada mereka? Sudah tentu tidak. Antara medium yang mereka gunakan untuk tahu adalah dengan merujuk kepada media massa, buku-buku panduan kerjaya, surat khabar, laman web LepasanSPM.com dan lain-lain.

Ingat ya.. Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sentiasa berusaha untuk tahu program-program lepasan SPM Malaysia yang boleh menjamin masa depan mereka.

Jadi, apakah program yang adik-adik minat? Ke manakah destinasi adik-adik selepas mendapat keputusan SPM?

Untuk tidak memeningkan fikiran adik-adik, di bawah ini, saya senaraikan sedikit sebanyak program-program lepasan SPM yang boleh adik-adik ikuti. Maksud saya, destinasi yang sepatutnya menjadi pilihan adik-adik semua.

  • Universiti
  • Buat adik-adik yang mendapat keputusan memberansangkan, adik-adik boleh memilih untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti. Caranya, adik-adik perlu isi borang UPU dan pilih lepasan SPM atau setaraf semasa membuat permohonan. Kemudian, adik-adik pilihlah sama ada ingin memasuki pengajian diploma ataupun pengajian asasi yang ditawarkan oleh mana-mana universiti.

  • Kolej Matrikulasi
  • Kebiasaanya, program matrikulasi akan diuar-uarkan oleh para guru di sekolah masing-masing sebelum bermulanya peperiksaan SPM. Untuk menyambung pengajian di peringkat matrikulasi, terdapat borang khas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Adik-adik perlu isi borang tersebut dan pilih penempatan. Adik-adik akan dipanggil masuk ke matrikulasi selepas keputusan SPM diumumkan. Selepas tamat program ini, adik-adik secara automatik dapat meneruskan pengajian ke peringkat ijazah.

  • Luar Negara (Oversea)
  • Adakah keputusan SPM adik-adik dalam kategori luar biasa? Sekiranya ya.. Adik-adik boleh menyambung pengajian ke luar negara dengan membuat permohonan selepas keputusan SPM dikeluarkan. Borang permohonan akan dikeluarkan oleh banyak agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Petronas, Sime Darby dan banyak lagi. Masa nil ah adik-adik berpeluang untuk merasa tinggal di negeri orang seperti Ireland, Russia, Australia, Indonesia, Japan, dan lain-lain.

  • Politeknik
  • Ramai yang tak tahu kelebihan menyambung pengajian di Politeknik. Ini kerana, kebanyakan pelajar SPM lebih cenderung untuk memilih matrikulasi dan pusat asasi universiti. Untuk pengetahuan adik-adik, Politeknik menawarkan banyak program teknikal yang sangat berkualiti. Bahkan, banyak majikan yang terdapat di luar sana lebih cenderung mengambil pelajar lepasan politeknik untuk bekerja di bawah mereka. Ini kerana, politeknik sentiasa mengeluarkan pelajar yang berkualiti dari segi teknikal. Jadi, Politeknik juga boleh dijadikan sebagai salah satu pilihan adik-adik untuk meneruskan pelajaran.

    Dan.. Ada banyak lagi program-program yang boleh adik-adik ikuti. Tak perlulah saya sebutkan kesemuanya kerana terdapat sebuah ebook yang telah pun menceritkan secara terperinci berkenaan hal ini. Ebook yang saya sebutkan daripada awal tadi bertajuk:

    Tips Pemilihan Kerjaya Selepas SPM


    Untuk membaca ebook tersebut, adik-adik perlu melayari ke laman web tersebut dengan klik pada link berikut ==> LepasanSPM.com. Sebaik sahaja adik-adik masuk ke laman web itu, ikut langkah-langkah yang dinyatakan untuk mendownload ebook yang saya nyatakan.

    Semoga adik-adik berjaya di masa hadapan. Jangan berputus asa jika tidak diterima masuk ke pusat pengajian tinggi. Ini kerana, terdapat banyak pilihan lain yang boleh adik-adik pilih. Kesemuanya ada diterangkan dalam ebook yang terdapat di LepasanSPM.com.

    3 Comments

    1. THnk U la Bro!!!
      Jazakaallahughoir!!!

    2. kerja kilang la senang.
      malas nak sambung belajar.
      duit pun tiada.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    *


    *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    UPDATE PERCUMA!

    Jadi pembaca PERTAMA yang bertuah di blog ini dengan isikan EMAIL anda di bawah SEKARANG juga:

    Delivered by FeedBurner

    Produk TERBAIK 2012

    Facebook AmboAzhan

    PageRank AmboAzhan

    Direktori Laman Web

    Laman web directory

    CloseShow