
Tujuh Rahsia Kunci Kejayaan Orang Berjaya..
Oct 05
Anda nak baca kisah kejayaan seorang pemuda yang cukup mengagumkan? KLIK SINI untuk membaca kisahnya yang pasti membuatkan anda terpukau!
Hidup pada zaman sekarang, setiap kejayaan bermula dengan tindakan yang anda lakukan pada hari ini. Selagi emosi anda terperangkap pada masa silam, selagi itulah agak sukar untuk anda melangkah jauh ke hadapan.
Oleh itu, di bawah ini saya kongsikan tujuh rahsia kunci kejayaan yang biasa diamalkan oleh orang-orang berjaya.
Rahsia Kejayaan Pertama – Tinggalkan Masa Silam
Ahli falsafah Yunani Heraclitus pernah mengatakan yang kita tidak boleh pijak dalam sungai yang sama dua kali. Jangan kata pijak, nak sentuh dengan hujung jari kaki pun kita tidak akan mampu. Arus masa bergerak dengan begitu cepat. Diri kita yang masa lalu sudah jauh tenggelam dibawa arus.
Betul, kita tidak boleh menolak sejarah. Kita tidak boleh menolak diri kita yang lalu kerana ia tetap akan bersama kita. Cara yang terbaik ialah belajar untuk menerima kesilapan lama dan terus melangkah ke depan.
Rahsia Kejayaan Kedua – Tanam Impian
Masa depan ialah kanvas putih yang kosong. Apa-apa pun boleh berlaku. Oleh itu kenapa mesti anda takut untuk bermimpi? Berus sudah ada di tangan. Anda hanya perlu berani bermimpi untuk mewarnakan masa depan anda.
Rahsia Kejayaan Ketiga – Rancang Impian
Memang betul bila orang kata yang impian akan hanya tinggal angan-angan. Apa yang berlaku di masa depan tidak ada sesiapa pun tahu. Itu masalahnya apabila anda membiarkan impian dan keinginan mengawal minda diri. Ada satu cerita tentang Mulla Nasruddin yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.
Di depan pintu dia bertanya pada isterinya, “Tolong beritahu saya, puan, di manakah Mulla Nasruddin tinggal?”
Isterinya menjawab, “Ini sudah melampau. Awak ialah Mulla Nasruddin!”
“Ya, saya tahu, tetapi awak tidak menjawab soalan. Di manakah dia tinggal?”
Pengajarannya, apabila kita terlalu mabuk dengan keinginan, kita tidak dapat lagi melihat diri kita dengan waras. Jadi rancang impian anda supaya minda anda sentiasa fokus pada matlamat.
Rahsia Kejayaan Keempat – Bahagikan Matlamat
Setiap orang pasti ada impian besar dalam hidupnya. Dan sesuatu yang besar tidak akan terjadi dengan sendirinya jika anda tidak bermula dari bawah. Katakan impian anda ialah untuk membuka syarikat perniagaan online pada umur 26. Dari mula anda sudah boleh tetapkan matlamat-matlamat kecil yang akan membawa anda lebih dekat dengan kejayaan.
Rahsia Kejayaan Kelima – Minta Nasihat
Hidup ini ada pelbagai pintu dan bukan semua pintu itu kita ada kuncinya. Ada waktu kita perlu berguru dengan orang lain supaya lebih banyak pintu-pintu pengalaman akan terbuka kepada kita.
Rahsia Kejayaan Keenam – BERTINDAK!
Anda sudah memandang ke depan dan anda sudah merancangnya dengan teliti. Sekarang tiba masanya untuk anda bertindak. Proses untuk menjadikan impian anda kenyataan ialah suatu pengembaraan yang panjang. Anggap ia seperti bercuti di tempat jauh berbanding melihatnya sebagai suatu kerja wajib.
Kemudian, bertindaklah dengan berseronok. Makna sebuah kejayaan terletak pada kebahagiaan yang kita dapat dari setiap fasa dalam hidup kita. Bukan destinasi akhir itu sendiri.
Rahsia Kejayaan Ketujuh – Muhasabah Diri
Katakan anda sudah sampai ke destinasi yang anda impikan selama ini. Apa langkah seterusnya? Duduk di situ atau terus melangkah ke depan?
Itu bergantung pada keanda sebenarnya. Hidup ini akan terus bergerak dan mengubah alam di sekeliling kita. Cabaran baru sentiasa menanti kalau anda ingin cuba untuk mencarinya.
Kalau anda nak tahu cerita yang lebih hebat lagi, serta cara macam mana anda nak berjaya, belajar dari orang berjaya itu sendiri di laman web www.SuksesMania.com






Sila teliti gambar di sebelah buat seketika. Perhatikan jejaka yang terdapat dalam gambar itu. Sekarang.. Cuba anda fikir dan tanya pada diri anda. Pernahkah anda terserempak dengan jejaka tersebut? Jika anda belum pernah bertemu dengannya, ketahuilah, beliau ialah pemilik kepada blog AmboAzhan ini. Dialah yang bergelar Si Tukang Review Produk Digital yang bernama Azhan. 


Terima kasih Ambo Azhan kerana berkongsi artikel ini. Benar-benar bermanfaat
Sama-sama dan terima kasih kembali kerana sudi luangkan masa untuk membacanya
jage jage bro, lockkan bende ni
senang orang hack nanti gune index
dan buat setting privacy untuk whois domain
harap dapat membantu
Thanks bro
Dah buat..