Biasanya, kawan-kawan yang belum buat simpanan silver di Malaysia mesti tanya, “Kenapa aku perlu beli dan simpan silver?”
Apabila saya mula cerita tentang kepentingan menyimpan silver, ada seorang kawan sound saya:
“Tak cukup ke simpan duit dalam ASB atau unit trust? Simpanan jugak kan? Confirm ada dividen tiap-tiap tahun. Tak payah nak risau harga jatuh ke atau rumah kena rompak.”
Itu adalah jawapan yang biasa saya terima. Saya tak nafikan yang duit ASB masih dikira simpanan, silver tak memberi dividen dan turun naik harga silver memang menakutkan (bagi yang tidak faham). Jadi, baca sampai habis untuk tahu kenapa anda simpan silver di Malaysia anda boleh kaya.
Ada satu sebab je..
Anda perlu membuat simpanan dalam silver adalah kerana kerana kadar ‘hutang lapuk’ TRILLION DOLARS yang ditanggung oleh negara-negara barat kononnya dilabel negara maju, dan ‘champion’ penghutang paling banyak adalah tidak lain dan tidak bukan: Amerika Syarikat.
Jom cek sini berapa hutang Amerika sekarang: KLIK SINI Untuk Lihat ‘Real-Time US Debt’
Anda terkejut tak bila tengok jumlah hutang sebuah negara yang ‘KAYA’ berjumlah USD 14 trillion???
“Eh, apa pulak kena mengena hutang Amerika dengan rakyat Malaysia? Apa kena mengena dengan kena simpan silver?”
Senang cerita macam ni..
Katakan anda mempunyai kawan yang suka berhutang, bila dia tak ada tunai dia akan mohon kad kredit. Betul tak? Lepas tu kawan anda ni pulak jenis belanja sakan dan bayar minimum tiap-tiap bulan. Lepas satu kredit kad dah capai maksimum, dia mohon kad kredit di bank lain pula.
Kemudian, belanja sakan lagi dan bayar minimum lagi.
Sampai satu hari, tak ada bank nak approve kad kredit yang dipohon. Pinjam pulak kat kawan-kawan. Masih tak sedar diri. Belanja sakan dan buat-buat lupa bayar bila kawan tanya. Lama-kelamaan diisytihar bankrap.
Beza Amerika dengan kawan kita yang boros di atas, Amerika BOLEH CETAK DUIT untuk konon-konon tunjuk kaya. Amerika dah cetak 9 trillion dollars untuk berbelanja.
Sekarang lagi senang, dah tak guna mesin cetak lagi. Tinggal masukkan command je; ‘masukkan 1 trillion dalam bank’ lepas tu tekan ‘Enter’.
Lambakan duit inilah INFLASI SEBENAR. Bukannya kenaikkan harga. Kenaikkan harga barang hanyalah simptom untuk inflasi. Contohnya zaman Jepun dulu, duit daun pisang berlambak-lambak tapi tak ada nilai. Harga barang tinggi sebab duit dah semakin banyak.
Bila kepercayaan terdapat sistem matawang terhakis, manusia akan berpusu-pusu cari silver untuk melindungi harta.
Kejadian macam ni dah jadi berulang-ulang kali dalam sejarah. Contoh: Dinasti Yuan, Weimar Germany, Zimbabwe.
Cuba anda google ‘hyperinflation’.
Bila semua orang berpusu-pusu menukar wang kertas yang cepat sangat susut nilai kepada silver, harga sudah tentu akan melambung. Selagi kerajaan dunia tak berhenti mencetak lagi banyak duit, selagi tu la silver akan naik harga.
Bukan silver je yang naik harga, SEMUA barang akan terus naik harga.
“Kalau kita beli insurans sebagai pelindung kereta, Kita KENA juga beli silver sebagai pelindung harta.” Lagipun, sumber silver dah makin berkurang. Inila masanya untuk anda simpan silver. Jangan nanti silver dah tak ada baru terhegeh-hegeh nak beli silver. RUGI!
Saya nampak kesedaran masih kurang menyimpan dalam bentuk silver. Untuk yang ada kesedaran pun, mereka tercari-cari cara memulakan pelaburan silver.
Ini penyelesaiannya..
Ebook ‘Pelaburan Fizikal di Malaysia + Kajian Kes Tukar Ganda Silver’ mendedahkan kaedah terbaik untuk anda memulakan pelaburan silver. Ramai yang dah dapatkannya dan ebook ni betul-betul membantu mereka. Anda boleh baca respon mereka di laman web berikut:

Jika anda nak simpan silver tanpa mengalami kerugian, ebook itu jawapannya. Jika anda nak kaya dengan silver, ebook itu juga menunjukkan jalannya kepada anda. Tunggu apa lagi? Dapatkan ebook tersebut sebelum terlambat!





Komen Hangat