Patut Ke? Rahsia Suri Rumah Buat Duit Raya PULUHAN RIBU Dipecahkan?

Jul 26

Patut Ke? Rahsia Suri Rumah Buat Duit Raya PULUHAN RIBU Dipecahkan?

Tiap kali tiba je musim puasa dan perayaan Aidilfitri, ramai antara kita yang mengeluh sebab tak cukup duit untuk meraikannya. Alah.. Saya tahu, anda juga salah seorang daripada mereka. Anda sorokkan dan tak cakap kat saya pun saya dapat tahu.

Jadi, saya sebenarnya ingin berkongsi satu idea yang cukup menarik untuk anda selesaikan masalah berbangkit. Idea ini bukan milik saya, tetapi satu rahsia yang telah saya dapat dari seorang suri rumah. Rahsia suri rumah ni bukan calang-calang ya! Ianya satu rahsia yang terbukti berkesan tak kiralah anda lelaki ataupun wanita.

Klik Sini Untuk Lihat RESEPI Kuih Raya Paling MUDAH & CEPAT Untuk Disediakan..!


Sebab itulah saya tanya soalan ini, patut ke rahsia seorang suri rumah, yang berjaya buat duit raya sampai cecah puluhan ribu dipecahkan kepada saya? Anda rasa patut tak? Kalau saya yang ada rahsia macam tu, maaf la, saya tak akan kongsi dengan sesiapa pun. Kedekut kan saya ni :-)

Dengan rahsia buat duit raya daripada suri rumah ini, pelbagai masalah yang selalu timbul apabila anda ingin menyambut kedatangan Aidilfitri dapat dihapuskan. Macam anda guna Clorox gitu cewahh.. Antara masalah-masalah yang dihadapi melibatkan duit ketika ingin menyambut Aidilfitri adalah:

  • Duit untuk membeli pakaian raya anda, isteri atau pasangan, anak-anak, ayah dan emak, adik-adik dan lain-lain
  • Duit untuk diberi duit raya kepada anak-anak, adik-adik, anak saudara, sepupu sepapat, anak rakan taulan, anak jiran dan lain-lain.
  • Duit untuk beli makanan raya (contoh: dodol, kuih dan biskut raya, kek, lemang, ketupat dan lain-lain).
  • Duit untuk makan besar di pagi raya.
  • Duit untuk buat rumah terbuka.
  • Duit untuk servis kenderaan sebelum pulang ke kampung halaman.
  • Duit untuk menampung perjalanan pulang ke kampung halaman (minyak dan makan).
  • Duit untuk beli perkakas rumah yang baru (contoh: karpet, tikar, set sofa, balang kuih, dulang, gelas, pinggan dan lain-lain).
  • Duit untuk bersedekah dan zakat.
  • Dan banyak lagi yang tak dapat untuk saya huraikan satu persatu di sini.
  • Anda cukup beruntung kerana sedang membaca artikel yang saya tulis ini. Sebabnya, saya ada jalan penyelesaian untuk anda selesaikan kesemua masalah di atas. Eh.. Bukan saya sebenarnya, tetapi seorang SURI RUMAH dengan rahsianya.

    Sebagai permulaan, saya ingin maklumkan terlebih dahulu, rahsia suri rumah tersebut sebenarnya disimpan dalam sebuah ebook yang padat dengan lebih 70 mukasurat. Jom kita tengok ecovernya yang membuatkan semangat Aidilifitri anda membuak-buak:

    Saya tengok ecovernya pun dah terbayang suasana Aidilfitri di kampung oh.. Baik, cukuplah kita melayan perasaan Aidilfitri yang bermain di fikiran. Saya ingin berbalik kepada topik yang dibincangkan di sini.

    Mesti anda tertanya-tanya, bagaimana rahsia yang terkandung dalam ebook ini boleh pecah dan seterusnya menyelesaikan masalah-masalah disebut di atas kan? Untuk pengetahuan anda, rahsia dalam ebook ini telah pecah setelah si suami kepada suri rumah ini bocorkankan kepada seorang rakannya. Kemudian, rakan kepada rakannya bocorkan pula kepada saya. Saya pula, bertindak dengan cepat untuk bocorkan kepada anda pula :-)

    Melalui ecover yang saya tunjukkan di atas, anda tentu dah boleh agak apakah rahsia suri rumah tu. Betul tak? Ya! Dengan menjual kuih raya lah suri rumah yang saya maksudkan berjaya buat duit raya sehingga cecah puluhan ribu.

    Saya lelaki, apa barang jual kuih raya! Nanti la dulu.. Kan saya dah cakap awal-awal tadi. Tak kiralah anda:

    - Seorang lelaki atau wanita
    - Seorang yang tahu atau tak tahu buat kuih raya
    - Seorang yang nak atau tak nak buat kuih raya
    - Seorang yang pernah atau tak pernah jual kuih raya

    Anda mampu buat duit raya hanya dengan mengikut rahsia dari suri rumah ni. Jika anda serius untuk tidak lagi mahu dibelenggu kesemua masalah-masalah di atas, TOLONG baca artikel ini sampai habis.

    Rahsia pertama yang dibongkar oleh suri rumah ini adalah berkenaan kelas-kelas penjual kuih raya. Apa yang menarik? Penjual kuih raya yang berada di kelas awalan pun boleh jana duit raya dengan banyak walaupun baru bermula.

    Rahsia yang kedua pula berkaitan dengan persediaan sebelum anda mula menjual kuih raya. Setelah saya amati strategi persediaan yang dibongkar, saya dapati ianya formula lengkap dan mudah buat anda yang nak cepat buat duit raya.

    Saya ingatkan, buat kuih raya adalah satu kerja yang melecehkan. Padahal, tak leceh sangat pun kalau anda betul-betul ikut formula persediaan dari suri rumah ini.

    Tentang modal untuk buat kuih raya pula, baru saya tahu, rupa-rupanya anda boleh minimumkannya kepada kadar yang sangat RENDAH. Modal rendah tapi untung tinggi. Kalaulah dari dulu lagi saya tahu macam ni je kerja buat kuih raya, mesti saya pun ikut sama jadi penjual kuih raya.



    Salah satu cara untuk kurangkan modal yang dibincangkan dalam ebook ini adalah dengan mendapatkan ‘tenaga buruh murahan’. Macam mana nak dapatkan ‘tenaga buruh murahan’ ni? Caranya, anda jawab dulu soalan saya ni. Adakah anda mempunyai sanak saudara yang masih bersekolah? Jika jawapan anda ialah ya, saya yakin, anda pasti tahu apa yang perlu anda buat kan?

    Melalui bidang buat kuih raya ini, anda sangat berpotensi untuk buat duit raya dengan banyak pada tahun-tahun akan datang juga. Tetapi, ada caranya. Kita berbalik semula kepada strategi persediaan yang saya sebutkan tadi.

    Dalam topik strategi persediaan oleh suri rumah ini, untuk terus buat duit raya pada masa akan datang, anda perlu rangka plan perniagaan jangka panjang. Antara plan yang perlu dirangka adalah berkaitan jenis kuih yang ingin dijual, berapa banyak harus dibuat, berapakah harga jualan, macam mana nak bagi orang rasa kuih yang dibuat dan banyak lagi.

    Strategi yang dibongkarkan adalah jalan MUDAH untuk anda. Anda cuma perlu ikut je. Anda tak perlu lagi nak fikirkan macam mana nak itu, macam mana nak ini. Semuanya pernah dibuat dan dilalui oleh suri rumah ini dan beliau kongsikan pula kepada anda.

    Jom kita tengok pula rahsia ketiga iaitu rahsia yang berkaitan jualan dan pemasaran. Semasa saya membaca bahagian ini, mata saya terpaku apabila suri rumah itu berkata, “Saya pernah mendapat jualan sebanyak RM1200/malam hanya dengan strategi pemasaran yang mudah”. WOW! Lumayan kan?

    Padahal dia ni suri rumah je. Tetapi, mempunyai banyak strategi untuk dapatkan keuntungan dengan sangat banyak. Saya cukup kagum dengan suri rumah ini. Anda kagum tak? Kalau anda tak kagum, maknanya anda cemburu lah tu dengan kejayaan beliau :-)

    Apakah strategi jualan dan pemasaran yang digunakan oleh suri rumah ini untuk dapatkan jualan dengan tinggi hanya dalam masa singkat? Pertama, anda perlu mempunyai sampel kuih raya. Kedua, anda perlu cipta satu sistem hubungan pelanggan yang mudah.

    Ketiga, buat pemasaran viral tanpa kos dan yang menggunakan kos. Keempat, promosi ketika semua orang TAK rasa nak beli kuih raya. Kelima, tawarkan kepada pembeli atau peniaga lain menjadi affiliate dengan komisen yang menarik. Keenam? Ketujuh? Kelapan dan seterusnya? Rahsianya terletak pada ayat hikmat ini iaitu “Now Everyone Can Buat Kuih Raya”.

    Satu lagi rahsia pemasaran yang hangat digunakan pada masa kini turut dibongkarkan. Rahsia itu berkaitan dengan teknik pemasaran melalui internet. Teknik ini hanya memerlukan anda membuat promosi dengan percuma melalui laman sosial yang paling TOP di Malaysia. Saya yakin, anda pasti tahu laman yang saya maksudkan.

    Sebelum saya bongkarkan rahsia ini kepada anda di sini, sebenarnya, pada seminggu lebih yang lepas (rujuk tarikh artikel ini dipostkan), saya sendiri telah mencuba menggunakan strategi pemasaran yang dibongkar iaitu teknik pemasaran melalui internet. Hasilnya? Sangat memberansangkan :-)

    Tiga rahsia yang saya sebutkan di atas banyak berkaitan dengan buat duit raya sebelum menyambut Aidilfitri. Macam mana pula selepas Aidilfitri? Adakah proses buat duit raya anda terhenti begitu sahaja? “TIDAK”, kata suri rumah ini.

    Anda masih mampu buat duit raya walaupun perayaan Aidilfitri telah disambut. Caranya? Anda harus korbankan sedikit masa perayaan anda. Kenapa? Kerana, selepas rayalah ramai orang buat jamuan rumah terbuka. Tambah-tambah orang di bandar. Mereka pasti akan buat rumah terbuka untuk meraikan Aidilfitri bersama rakan-rakan pula.

    Lagipun, takkan lah anda nak beraya cukup sebulan kan? Waktu macam nilah untuk anda kaut keuntungan selepas raya. Strateginya? Turut dibongkarkan dalam ebook ini.

    Untuk mudahkan dan mantapkan lagi anda berjaya buat duit raya dengan menjual kuih raya, suri rumah ini sangat murah hati dengan memberikan senarai pembekal bahan dan peralatan kuih raya dalam ebook tersebut. Jadi, tak lah anda merasa susah untuk mencari pembekal yang diperlukan lagi!

    Bukan itu sahaja, beliau turut sertakan ‘10 Resepi Kuih Raya’ yang mudah dibuat untuk kegunaan anda. Resepi itu merupakan 10 jenis kuih raya yang sentiasa mendapat permintaan TINGGI tetapi mudah dan cepat untuk disediakan.

    Saya cukup yakin, anda pasti ingin baca sendiri rahsia suri rumah ni kan? Anda mesti nak selesaikan masalah duit ketika Aidilfitri kan? Oleh itu, saya jemput anda untuk masuk ke laman web beliau melalui link di bawah untuk dapatkan ebook rahsia tersebut:

    Rahsia Kuih Raya Oleh Seorang Suri Rumah

    Dengan mendapatkan ebook rahsia ini, saya sendiri JAMIN, anda juga mampu buat duit raya yang sama banyak atau lebih banyak dari suri rumah ini. Jika anda tunggu untuk tidak bertindak pada saat ini, saya jamin lagi, pada Aidilfitri tahun hadapan, anda tetap akan menghadapi masalah duit raya yang sama.

    Persoalannya, mengapa anda perlu buat dan jual kuih raya untuk buat duit raya? Sedangkan, terdapat banyak lagi barang raya lain yang boleh dijual untuk buat duit raya. Sebabnya, dengan menjual kuih raya:

  • Anda mudah untuk mendapat pelanggan. Bukan mudah je, tetapi ramai. Mudah dan ramai la sebab anda boleh jualkan sahaja kepada jiran sekeliling dan rakan sepejabat.
  • Anda akan dapati bahawa permintaan semakin bertambah dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari tahun ke tahun. Sebabnya, orang yang berumahtangga semakin ramai. Sudah tentu mereka juga inginkan juadah hari raya tersendiri untuk dihidangkan kepada tetamu nanti.
  • Anda boleh kaut keuntungan dengan cepat dan mudah.
  • Anda tidak memerlukan modal yang besar untuk tiap-tiap tahun berikutnya.
  • Anda tidak perlu mempunyai pembantu dan anda akan berjaya mengurangkan kos dengan banyak.
  • Anda dapat membantu orang lain yang tak sempat untuk buat kuih raya sendiri. Ini kerana, orang yang tidak sempat itu biasanya seorang yang sibuk dan tak menang tangan di pejabat mahupun di rumah.
  • Anda berpotensi untuk mendapat pelanggan berulang pada setiap Aidilfitri. Maksudnya, perniagaan kuih raya adalah sesuatu yang relevan dan tidak akan pupus.
  • Anda mula tahun ini atau anda terus mengeluh pada tahun akan datang. Fikir-fikirkanlah..!

    Tak kan baca je? Jom luahkan pendapat/komen anda di bawah :

    10 comments

    1. perghhh! terbaik la review kat bro…boleh buat org gatal tangan je nak beli ebook tu. Btw, thanks for the great info =)

    2. Alamak.. Boy dah sampai kat sini la :-) Biasa je bro. Untuk rujukan orang yang nak tahu apa isi kat dalam dia. Tak la bila beli nanti orang tu rasa tak berbaloi kan.

    3. Assalamualaikum

      Semoga tuan sentiasa mendapat rahmat dan limpah kurnia daripada Allah.

      Pihak pts publication berminat untuk memetik artikel berkaitan ramadan dan syawal yang telah ditulis oleh pihak tuan untuk disiarkan dalam laman PTS.

      Kami akan memberi kredit blog tuan di PTS.com.my.

      Mohon harapnya Tuan dapat menghubungi saya di email untuk kita berbincang lanjut tentang perkara ini.

      Sekian, terima kasih.

    4. Waalaikumsalam,

      Cik Roziyah, saya telah pun menghantar artikel lengkap ini ke email Cik. Mohon Cik Roziyah semak ya. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak PTS, atas kesudian menggunakan artikel di atas untuk di siar di laman utama PTS.

      Terima kasih sekali lagi :-)

    5. Saya sudah menerimanya di email. Terima kasih juga kepada Tuan atas kerjasama dalam proses kita memandaikan bangsa. :)

    6. Sama-sama kembali. Semoga ianya bermanfaat untuk semua :-)

    7. pergh…mantap ar review ko.jom bisnes kuih raye..hehe

    8. Terima kasih bro E :-) Jom bisnes kuih raya bro. Senang je ni..

    9. hehehe..review ko ni memang buat orang semakin nak membeli…mesti banyak ebook baru ko dapat review kn?
      dari view aku, mu ni dok review major niche make money eh..betui?bila2 ada masa rajin turun kerteh kabo ah bleh lepak2 minum takde hal…hehe…(tu pun kalo sudi)

    10. Bereh bohhh.. Kalu aku turunh kerteh aku kabo :-) Maren baru je buke pose dengan sek-sek IM ganu. Aku, Tengku Faris, Afiz Wasa, Faizul Nor, dengan due muke baru.

      Syukur la.. Banyak orang hantar ebook untuk direview, tapi, masa tak menginzinkan untuk review kesemuanya.

    Trackbacks/Pingbacks

    1. Kaedah Pemasaran Affiliate Dengan Teknik Split Affiliate | Ambo Azhan dot Com - [...] saya berminat untuk menjadi affiliate bagi produk Rahsia Kuih Raya. Apa yang saya buat, saya masuk ke halaman utama ...

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    *


    *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CloseShow