Peluang untuk berjaya dalam perniagaan internet telah dibuktikan oleh ramai usahawan. Antara yang tunjukkan bukti kepada saya ialah Irfan Khairi, Raja Kamil, Jamal, Safuan Si Penglipurlara, Zahrul Azua, Shuth, Munawar, Mawardee, Abooain dan ramai lagi.
Tetapi, saya tidak termakan dengan bukti-bukti itu. Kenapa? Kemungkinan bukti-bukti yang ditunjuk itu hanya menipu sahaja. Saya tidak mahu ditipu. Anda? Anda suka ditipu ke? Saya pasti anda juga tidak mahu ditipu bulat-bulat bukan?
Lalu, saya pun mengambil sikap supaya tidak terburu-buru untuk membuat keputusan. Oleh demikian, saya perlu kaji terlebih dahulu peluang-peluang yang dikatakan terbukti itu. Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk membuat penyelidikan dengan cepat, efisien dan berkesan?
Saya harus mendapatkan bukti yang betul-betul menjamin dalam membuat keputusan. Tetapi, bagaimana? Saya pun terfikir, ‘Kalau aku nak cepat dapat buktinya, aku kena cuba dahulu’. Jadi, saya memutuskan untuk cuba membuat perniagaan internet ini.
Perkara pertama yang saya buat adalah mengeluarkan MODAL. Modal yang dikeluarkan digunakan untuk membeli produk digital yang sangat popular pada ketika itu. Produk tersebut adalah berkaitan Affiliate Click Bank yang dikeluarkan oleh Gobala Krishnan.
Tetapi saya belum puas hati. Ini kerana, dengan menyertai Click Bank, saya harus berinteraksi dengan prospek dalam bahasa Inggeris. Saya ni bukannya hebat sangat nak bercakap Inggeris. Setakat I & you tu tahu jugalah.
Masa saya semakin suntuk untuk saya buktikan kepada diri saya bahawa perniagaan internet betul-betul mampu berikan keuntungan. Lantas saya keluarkan lagi modal dengan membeli produk keluaran Syed Hafidz bertajuk Raja Affiliate.
Seperti biasa, selepas membaca produk tersebut, saya telah teruja untuk buat duit. Lalu saya bertindak sepantas kilat. Syukur.. Akhirnya saya berjaya meyakinkan diri saya bahawa perniagaan internat mampu memberi saya keuntungan.
Kenapa saya berkata sedemikian? Ini kerana, saya telah dibayar komisen oleh pemilik sebuah produk kerana berjaya mempromosikan produknya dan mendapat jualan. Saya berjaya mendapat jualan dengan mempromosinya di laman Facebook. Saya promosi kepada rakan-rakan saya sahaja. Akhirnya, terdapat beberapa kawan saya yang beli produk yang dipromosi.
Oleh itu, supaya saya tidak terlepas peluang untuk berjaya seperti yang lain, maka, pada penghujung November 2009 yang lepas, saya, Shaiful Azhan Malik a.k.a Azhan telah memutuskan untuk turut bersama-sama memeriahkan industri perniagaan internet ini secara serius.
Untuk memantapkan lagi pengetahuan saya berkaitan perniagaan internet, saya telah mengikuti sebuah forum perniagaan internet yang bernama WangCyber. Melalui forum tersebut, saya telah didedahkan tentang banyak perkara asas dan kompleks berkenaan perniagaan internet.
Saya tidak bergantung harap dengan berforum untuk menjadi arif terhadap bidang ini. Untuk mempercepatkan lagi proses pembelajaran, saya mengeluarkan lebih banyak modal dengan membeli produk-produk digital usahawan tempatan. Produk-produk digital percuma turut saya dapatkan.
Kenapa saya masih keluarkan modal? Padahal saya boleh dapatkan informasi perniagaan internet hanya dengan mencarinya melalui enjin carian bukan? Untuk pengetahuan anda, saya ni pemalas orangnya dalam mencari sesuatu informasi melalui enjin carian.
Lagipun, dengan mendapatkan produk digital sama ada percuma atau berbayar, proses pembelajaran saya akan menjadi lebih berfokus dan cepat. Dengan mengeluarkan modal, tahap pengetahuan saya juga akan lebih cepat berkembang. Jika anda mahu lambat, jangan ikut cara saya. Tetapi, terus terang saya katakan, banyak keuntungan yang saya dapat daripada rugi dengan mengeluarkan modal.
Selepas dua bulan saya serius dengan perniagaan internet., selepas banyak produk-produk yang saya baca, dengar dan tonton. Saya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kebanyakan produk-produk digital tempatan.
Saya dapati terdapat produk-produk tersebut tidak menepati ciri-ciri mutu piawaian. Apabila produk-produk seperti ini dilabel seperti itu, ia dicop sebagai PRODUK SAMPAH. Kejamkan gelaran yang diberi? Tetapi, itulah lumrahnya.
Kewujudan produk-produk sampah telah menjadi satu fenomena yang menggerunkan kepada para usahawan internet. Hal ini kerana, lambakan produk sampah di seluruh alam maya telah menyebabkan peluang produk berkualiti untuk menonjol tertutup.
Jom kita selongkar bagaimana sesebuah produk digital dicop sebagai produk sampah. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
-
Mengapakah produk-produk sampah tetap menjadi tumpuan walaupun diboikot oleh para usahawan internet? Sebabnya pula adalah seperti di bawah:
Sebenarnya, ini bukanlah satu situasi yang harus dipersalahkan kepada para usahawan. Hal ini sebenarnya berpunca dari sikap pengguna internet sendiri. Jika tidak kerana sikap pengguna internet yang sukakan pekerjaan mudah dan menguntungkan, sudah pasti tidak akan wujud produk-produk sampah dan program-program SCAM.
Untuk itu, saya menyeru kepada pengguna-pengguna internet sekalian, sebelum anda ingin membeli sesebuah produk digital atau ingin menyertai mana-mana program, silalah merujuk ke blog ini dan anjurkan pertanyaan kepada saya berkenaan sesuatu produk atau program perniagaan internet. Alternatifnya, anda boleh kunjungi ke blog rakan saya iaitu Komen E-book atau ke forum WangCyber.
Salam kejayaan dari saya buat anda semua!
p/s: Jika anda ialah seorang pencipta produk, sila ke artikel ini untuk faedah bersama.








nak ambik seket point kt sini boleh? nk mskkn dlm SL
Boleh je cik Sue
Amek je mana-mana poin yang nak guna..